Blog

Blog of Friendship

  • Home
    Home This is where you can find all the blog posts throughout the site.
  • Categories
    Categories Displays a list of categories from this blog.
  • Tags
    Tags Displays a list of tags that have been used in the blog.
  • Bloggers
    Bloggers Search for your favorite blogger from this site.
  • Team Blogs
    Team Blogs Find your favorite team blogs here.
  • Login
    Login Login form
Recent blog posts

Posted by on in Movie

Baru selesai menonton cerita yang dibuat berdasarkan sebuah novel yang terlaris yang dinamakan The Girl With The Dragon Tattoo.Saya pilih cerita ini untuk dibuat review walaupun telah lama ianya ditayangkan tetapi sangat suka dengan suasana siasatan yang dibuat melibatkan fotografi, foto dan rujukan yang sangat mendalam sehingga dapat menyelesaikan misteri pembunuhan yang telah pun mengambil masa berpuluh tahun ianya berlalu.Cerita yang lebih kepada thiller misteri ini mendapat ilhamnya daripada penulis novel daripada Sweden iaitu Stieg Larsson.

Lisbeth Salander ialah watak yang menjadi penyokong kuat kepada cerita ini, kecekapannya dalam mengodam dan membuat kajian penelitian berkaitan sesuatu perkara itu cukup menarik minat saya kerana andai dapat belajar untuk membuat report satu kajian lengkap akan menyebabkan maklumat yang kita dapat itu akan menjadikan kita sangat kuat dan benar.Journalist Mikael Blomkvist adalah seorang yang ditugaskan mencari dan menyelesaikan masalah pembunuhan yang berlaku berpuluh tahun lalu.Lisbeth telah dipilih olehnya untuk menjadi pembantu dalam membuat rujukan dan kajian berkaitan


Henrik Vanger yang keluarganya terlibat dengan beberapa siri pembunuhan yang melibatkan perempuan.Dilihat daripada cara mereka membuat rujukan sangat menarik apabila foto lama yang sudah berusia berpuluh tahun itu boleh digunakan untuk dijadikan rujukan dalam menyelesaikan kes yang mereka hadapi, setiap orang dalam foto yang mereka ada itu mereka temui dan dapatkan info mengenainya dan akhirnya setiap mereka yang ada dalam gambar tersebut dapat juga berkongsi foto foto yang mereka ada dan akhirnya diterangkan oleh pemilik gambar itu dengan pandangan mata mereka sendiri sebelum difahami langsung oleh Mikeal & Lisbeth.

Pada mereka yang suka pada cerita yang lebih kepada aksi pasti kurang berminat untuk cerita seperti ini yang lebih kepada penceritaan, pemahaman dengan jalan cerita yang berhubungkait dengan semua yang ada diantara pemegang watak yang ada.Lisbeth dalam cerita ini banyak membantu Mikeal dari segi pesediaan yang rapi dan cara mendapatkan maklumat yang begitu dalam apabila mendapatkan maklumat berkaitan dengan pembunuhan bersiri tersebut.Saya nampak cerita ini juga menyampaikan laptop Apple,aplikasi Photoshop dalam mereka mengkaji secara mendalam foto yang mereka perolehi.Saya percaya sekeping gambar menceritakan seribu perkataan dan itu dapat dilihat bagaimana mana ianya ditafsirkan dalam cerita ini.

Martin dalam cerita ini adalah orang yang bertanggungjawab dengan kematian yang telah dirancang dan apabila Mikeal telah mula menemukan sesuatu dalam siasatannya dia telah cuba untuk berada di kediaman Martin dimana sanalah terletakkan bilik rahsia yang digunakan oleh Martin untuk membuat penyiksaan dan pembunuhan terhadap perempuan yang mereka pilih.Namun niat Martin telah tidak kesampaian untuk membunuh Mikeal setelah dia dibantu oleh Lisbeth yang kebetulan pada masa itu telah sampai pada ketika tersebut.Martin dapat melarikan diri tetapi dikejar oleh Lisbeth sehingga kereta yang dibawa olehnya itu terbabas dan mereka telah dapat menyelesaikan kes yang berlaku dengan keluarga Henrik Vanger yang akhirnya menemukan adik Anita yang disangkanya mati.Setelah kes tersebut selesai maka Henrik telah menyerahkan maklumat berkaitan Wennerström yang bakal digunakan untuk membuat pertuduhan keatasnya, namun segalanya itu tidak mencukup untuk membawa Wennerström kemuka pengadilan.

Lisbeth sekali lagi telah memainkan peranannya dengan memasuki ke dalam maklumat peribadi Wennerström dan juga akaunnya serta membuat pemindahan wang ke beberapa akaun yang akhirnya membawa kepada pembunuhan Wennerström itu sendiri.Saya suka dengan cerita ini sebab penyelesaiannya walaupun nampak sukar tetapi dengan kajian dan rujukan yang teliti dapat menyelesaikan tugasan dengan begitu baik sekali terutamanya apabila mempunyai team yang hebat dan sehati sejiwa dalam membuat tugasan.Saya berikan 4/5 untuk cerita ini dan bagi yang meminati cerita penyiasatan bolehlah mengambil ruang masa untuk menonton cerita ini.

 

The Girl With The Dragon Tattoo : 4/5

Hits: 85 0 Comments

Posted by on in Movie

Gala Movie adalah salah satu aktiviti yang cukup sinonim dengan Jebat.Net, kali ini saya ilhamkan bersama sama untuk santai bersama IRONMAN 3.Saya hadir untuk aktiviti ini sebenarnya untuk melihat dan memikirkan apa yang ingin disampaikan oleh filem ini melalui IRONMAN.Daripada awal penceritaan telah dipamerkan bagaimana rasa IRONMAN yang tidak dapat tidur kerana terlalu memikirkan tidak dapat melindungi masyarakat lain amnya dan Pepper terutamanya.Daripada suasana itu dapat dilihat erti ketakutan yang melebihi tahap yang ada kerana keyakinan hanya mengharap pada baju besi sebagai pelindung memang tidak memadai baginya.Ini adalah yang berlaku kepada setiap kita yang tidak ada kekuatan untuk meyakinkan harapan kepada Allah dan setiasa takut itu akan menjadi bayang bayang.

Dalam IRONMAN 3 ini masyarakat telah mula mengenali siapa dia dan harapan pada bahunya untuk mengekalkan keamanan itu menjadi tanggungjawabnya agar semua itu merasa selamat untuk berada dimana mana.Dalam masa yang sama watak Mandarin yang telah digambarkan sebagai satu watak yang ganas dan tidak ada perikemanusian telah menjadi sangat kuat dan Mandarin dalam filem ini digambarkan masyarakat muslim diseluruh dunia.

Pelbagai keganasan Mandarin yang ditujukan kepada dunia melalui media masa yang telah dikuasai oleh individu tertentu yang dapat memberikan gambaran betapa watak Mandarin itu sangat jahat dan kejahatan itu ingin ditujukan kepada  Presiden Amerika yang menjadi punca segala kejahatan tersebut.IRONMAN merasa tekanan dirinya itu sangat kuat apatah lagi pengawal peribadinya Happy telah cedera parah dalam letupan yang berlaku yang langsung tidak meninggalkan kesan letupan bom itu sendiri.Namun saya suka dengan semangat IRONMAN yang tidak pernah berhenti mengalah untuk mendapatkan jawapan pada persoalan yang wujud pada keganasan yang diadakan oleh Mandarin sehingga dia mencabar Mandarin muncul dirumahnya untuk pertarungan satu sama satu tetapi dia dan Pepper telah diserang tanpa sempat menyelamatkan apa apa.Memang teruk IRONMAN kena belasah dengan kroni Mandarin yang tiba tiba muncul.Namun daripada pertempuran kecil itu dapat dilihat IRONMAN telah pun bersedia untuk menghadapi Mandarin.Watak Mandarin ini mengingatkan saya pada watak Osama Laden yang dicipta oleh Amerika untuk memburukkan masyarakat Islam seluruh dunia dan menaikkan semangat kebencian dunia padanya.

Satu demi satu jawapan ditemui oleh IRONMAN berkaitan Mandarin dan organisasinya yang rupanya hanya boneka yang telah direka oleh Aldrich Kilian salah seorang yang berpengaruh menjadi dalang segalanya dalam penceritaan Mandarin itu sendiri dan ini adalah yang berlaku sebenarnya dalam dunia nyata atas percaturan kuasa besar dalam mendalangi masyarakat Islam itu sendiri.Saya lihat IRONMAN kali ini banyak menceritakan bahawa segala kejahatan itu sebenarnya datang daripada orang yang sama dalam berhadapan dengan kita dengan senyum manis bibir dalam berbicara.

IRONMAN sebenarnya berperang dengan diri dan masyarakatnya sendiri bukan keganasan Mandarin yang berasaskan Islam yang diterimanya melalui media massa sekelilingnya.Daripada filem ini mengerti kita yang perancang keganasan itu sendiri menjadi perancang kebaikan dalam masa yang sama dan terus menjadi topeng kebaikan dunia.Ini yang ingin disampaikan oleh IRONMAN daripada penceritaannya kali ini.

'Aldrich Killian: The whole world's gonna be watching.'

Mereka cipta hero dan mereka juga cipta anti-hero yang menguasai minda seisi dunia yang hero itu tiada lagi yang lain pastinya mereka juga sendiri, saya lihat dari sudut penceritaan begini sebenarnya supaya saya boleh faham cerita ini bukan sekadar cerita kanak kanak yang tidak punya maksud yang mendalam.Mereka yang membuat penceritaan ini pastinya tidak akan membuatnya sekadar hanya untuk wang ringgit sahaja tetapi lebih daripada itu dan maksudnya sangat dalam sehingga kita sendiri secara tidak sedar merasakan hero itu adalah ditangan kita sendiri.

"Tony Stark: I'm here on a mission: fighting back." 

Untuk menang dalam satu perjalanan perjuangan itu memang akan membuat kita akan terus berfikir untuk menghadapinya pelbagai plan daripada A sehingga Z yang memastikan semua plan itu telah kita laksanakan agar kemenangan itu berpihak kepada kita, saya suka semangat yang ditunjukkan dalam filem ini yang IRONMAN tidak mudah hendak mengalah walaupun sebenarnya pada mulanya nampak sangat teruk juga IRONMAN menerima tekanan tersebut tapi dia yakin akan ada bantuan pasti akan bantu dia seandainya dia tidak pernah kenal erti mengalah.

Diakhir cerita IRONMAN berubah menjadi manusia biasa kerana banyak faktor yang yakin walaupun perubahan itu dibuatnya dia tetap IRONMAN kerana dia yang mencipta watak itu untuk dirinya sendiri.Saya suka dengan kata kata akhir Tony Stark yang lebih kurang bermaksud seperti ini 'mereka boleh hancurkan harta benda saya dan hapuskan segala ciptaan saya tetapi mereka tak boleh hapuskan idea saya kerana saya adalah IRONMAN'

Daripada sudut teknikal saya berikan 5/5 untuk IRONMAN 3 ini, Penceritaan saya berikan 4/5 dan watak watak yang mendukung penceritaan ini saya berikan 4/5 dan secara keseluruhan pada saya cerita IRONMAN 3 ini adalah 4.5/5

Hits: 106 0 Comments
0
Day 1 : Phnom Penh
Photo By Hanafi Salam : Liaunya Haji Aweng : Jimmy Omar : Yusz Nizam 

Memang ini kali pertama berada di negara Kemboja yang cukup terkenal dengan pegangan komunisnya dan juga mempunyai 95% beragama Buddha.Bermula pada 12 April 2013 jam 645 pagi penerbangan daripada Kuala Lumpur ke Phnom Penh telah tiba ditempat yang dituju pada 845 pagi.Dalam perjalanan keluar kami singgah lama untuk mendapatkan line internet mobile yang ada di Phnom Penh ini dengan harga USD5 untuk satu bulan, memang saya akui mobile internetnya cukup laju.Saya telah pilih Cellcard untuk perkhidmatan tersebut.Setelah selesai kami semua mendapatkan line internet dan talipon masing masing maka kami mendapatkan teksi yang hanya USD9 daripada lapangan terbang ke New York Hotel, Phnom Penh.Alhamdulillah, makan muslim kami boleh dapati di Wau Restaurant berada disebelah sahaja dengan hotel tersebut dan mereka juga boleh berbahasa melayu.Kami makan tengahari disana dan selepas itu berehat dahulu sebelum ke Phsar Thmey.

Lapangan Terbang Phnom Penh, Cambodia

Berjalan kaki ke Phsar Thmey daripada hotel kami bukan tidaklah jauh sangat dan banyak suasana yang dapat kami lihat untuk dijadikan simpan dalam kamera masing masing.Sebelum sampai ke Phsar Thmey kami bertemu dengan kedai kamera memang semua pun singgah sekejap sehingga hampir semua membeli topi I AM NIKON yang tiada di Kota Kinabalu, Sabah dan begitu juga di Bandar Seri Bengawan, Brunei.Phsar Thmey di Phnom Penh ini bagaikan satu pasar wajib bagi orang orang Cambodia yang berniaga dan didalamnya mereka ada kawasan orang orang Vietnam berniaga, pada saya yang baru sahaja sampai dan mengenali bumi Cambodia ini memang tidak dapat membezakan mana satu orang Cambodia dan satu orang Vietnam tetapi bila ada sedikit info daripada Zack TheRunner berkaitan itu maka barulah dapat nampak perbezaan antara keduanya.Orang Vietnam apabila menaiki motosikal suka menutup mukanya dan kelihatan hanya mata mereka itu antara info yang saya dapat.

Berada dihadapan Phsar Thmey, Phnom Penh

Tuk Tuk adalah panggilan paling popular di Cambodia untuk kenderaan awam yang cukup murah boleh disewa oleh para pengunjung apabila hendak kemana mana bergantung kepada jarak yang ingin kita pergi.Selalunya kita masih boleh berunding berkaitan harga yang ditawarkan oleh mereka berkaitan dengan tuk tuk tersebut.Kalau dia minta 4USD kalau naik 4 orang maknanya seorang hanya dikutip 1USD sahaja maka kena pintar berunding dengan mereka.

antara Tuk Tuk yang ada di Phnom Penh, Cambodia 

Selesai berada di Phsar Thmey, Phnom Penh.Saya ambil ruang untuk melihat suasana jalanan yang memang berbeza dengan Kota Kinabalu, Sabah yang kelihatan agak tidak teratur dan kotor.Cara mereka memandu juga agak berlainan dengan dengan negara kita memang agak ikut suka hati saja bila hendak memotong.Motosikal hanya pemandu sahaja yang menggunakan helmet tetapi pemboncengnya sampai 2 orang tidak akan menggunakan helmet langsung.Itu suasana yang tidak kelihatan di Malaysia.

Penunggang Motosikal di Phnom Penh, Cambodia

Pada malamnya saya bersedia untuk menunggu para sahabat Cambodia Photography Club yang ingin bertemu dan ingin sama bekerjasama dalam suasana fotografi sekaligus menjalinkan ikatan persahabatan yang dibina atas dasar fotografi.Pertemuan dibuat di Wau Restaurant bersebelahan dengan Hotel New York, saya sempat menunjukan hasil karya yang saya ada untuk rakan rakan Cambodia dan seterusnya memperkenalkan Gaya Street, Kota Kinabalu tempat saya selalu melaksanakan Street Photography dan juga Documentary Photography.Melihat kepada yang hadir semasa perjumpaan itu kebanyakannya bukan lah berada didalam genre Street Photography kecuali Sovithya Hang yang memang boleh dikatakan Street Photographer tegar di Cambodia untuk genre tersebut yang dapat saya temui.

Jebat Photography Club, Unplan Crew Brunei Darussalam & Cambodia Photography Club 

Bersama Mr Tram Green Founder Cambodia Photography Club

Dalam perjumpaan bersama Cambodia Photography Club, kami turut membincangkan aktiviti bersama akan datang walaupun sekali dalam masa 2 tahun untuk melaksanakan  fotografi yang pastinya melibatkan negara negara Asean yang boleh dijadikan pameran bersama agar dapat dikongsi untuk generasi akan datang.Mr Tram Green sangat suka dengan aktiviti yang dibuat oleh Jebat Photography Club bersama Unplan Crew Brunei Darussalam ini kerana dapat mereka mengenali Kota Kinabalu, Sabah dan juga Bandar Seri Bengawan, Brunei Darussalam dengan lebih dekat lagi.Dia yang hadir bersama ahli ahli Cambodia Photography Club turut mengharapkan pertemuan yang dilakukan itu akan menjadi satu contoh kepada Cambodia Photography Club untuk beraktiviti bersama terutamanya dengan negara negara jiran yang lain.Saya sangat gembira sebab idea yang saya lontarkan kepada Cambodia Photography Club itu diambil positif oleh Mr Tram Green semasa perjumpaan kami.

13 April 2013 | Phnom Penh, Cambodia 

Dihadapan Royal Palace, Phnom Penh 

 

Selepas daripada kawasan ini kami terus menyusuri Riverside Sungai Mekong dimana kami berehat sebentar di Francesco' Cafe dimana kami diberikan 50% diskaun oleh Cafe tersebut.Saya dan rakan lain kecuali Js Larrie dan Bro Jimmy Omar memang boleh membuat tempahan makanan disana tetapi yang lain hanya minum sahaja.Apa keistimewaan Cafe ini adalah tingkat atasnya adalah salah satu kawasan lepak jurugambar asing apabila mereka berada di Phnom Penh untuk liputan acara besar disana.Malah  talian internet Cambodia memang lebih laju jika dibandingkan dengan Malaysia, mungkin juga kerana tidak ramai rakyat Cambodia menggunakan talian Internet disana.Namun demikian Free Wifi itu boleh didapati dimana mana sahaja kerana kebanyakan pelancong asing hanya suka duduk dimana free Wifi disediakan.

Francesco's Cafe, Phnom Penh

Meneruskan melalui Riverside Sungai Mekong, Phnom Penh dan saya bertemu dengan Golden Pagoda sebuat kuil yang ada berhampiran dengan Riverside tersebut.Kuil itu agak sibuk kerana persediaan mereka untuk menyambut Tahun Baru Khmer pada 14 April.Saya masuk kedalam dan mendapatkan sedikit dokumentari berkaitan dengan kuil tersebut.Hanya kelihatan suasana mereka sedang bersedia untuk upacara sembahyang mereka.

Golden Pagoda, Phnom Penh Cambodia 

Selesai daripada Golden Pagoda ini saya meneruskan perjalanan setelah Sovithya Hang membawa saya dan rakan rakan lain melalui satu pasar yang cukup sesak dan saya cukup suka dengan suasana itu sebab saya dapat menggunakan RICOH GRD4 saya dengan begitu yakin sebab tiada rasa mereka terganggu apabila saya mendapatkan foto mereka sehampir mungkin.Namun demikian bau semasa melalui pasar itu sangatlah busuk dan saya terpaksa bertahan sebab saya lihat orang yang lalu lalang disana tidak berhenti, andai dikatakan Gaya Street, Kota Kinabalu sesak apabila mula 10 pagi lokasi yang saya lalui ini lagi sesak yang pernah saya hadapi.Namun demikian saya suka suasana ini sebab dapat membuat series yang saya namakan 'A Faces All The Way'.Semasa berada dikawasan tersebut juga saya dinasihatkan meletakkan dompet kami dipoket depan.

Suasana Pasar yang dilalui selepas daripada Golden Pagoda

Suasana tengahari di Cambodia masih sama dengan Malaysia dan saya beserta rakan rakan telah makan tengahari di Restoran Muslim yang dinamakan Halal Restaurant malah pelayannya boleh bertutur dalam Bahasa Malaysia, kerana saya dan rakan rakan sentiasa memastikan makan secara berjemaah agar dapat menjimatkan perbelanjaan kami disana.Kami tempah makan untuk seramai 10 orang dan kemudian kami bahagikan 10 berapa nilai seorang perlu bayar untuk makan tersebut, Alhamdulillah cara ini sangat menjimatkan perbelanjaan makan kami disana.

Halal Restaurant
#13Eo, St 130 Sangkat Phsar Kandal1, Phnom Penh Cambodia
Tel : 85512536969
email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
 
Pada petangnya saya ke The Independence Monument yang dibina menandakan kemerdekaan Cambodia daripada Perancis pada tahun 1953.Disini kita dapat lihat satu mercu tanda yang berhampiran dengan rumah Perdana Menteri Cambodia yang betul betul berhampiran dengan Monument ini.Kawasan ini menjadi tempat mereka menyambut hari kemerdekaan mereka.Saya dan rakan rakan kesini menggunakan tuktuk dan kami minta mereka datang kembali mengambil saya dan rakan rakan setelah selesai berada dikawasan itu.Semasa saya berjalan dengan Sovithya Hang dia ada menunjukkan saya pada satu cafe yang dijadikan galeri berhampiran dengan kawasan Monument tersebut dan dia juga memberitahu saya yang galeri itu sentiasa dijadikan tempat untuk membuat pameran fotografi terutamanya daripada Cambodia dan juga dari luar.
 
The Independence Monument


Berhampiran dengan Monument ini ada dua lagi Monument yang menjadi tanda di Phnom Penh ini, yang satu ini adalah melambangkan Ular dimana kepercayaan orang Cambodia mereka bangsa Cambodia berasal daripada ular sebab itulah boleh dilihat kebanyakan tempat di Phnom Penh ini boleh dilihat monument yang melambangkan ular.

Ini adalah dua Monument yang berhampiran dengan The Independence Monument 

 

14 April 2013 : Phnom Penh 

Pagi ini Phnom Penh agak sunyi kerana masyarakat disini telah mula bercuti untuk menyambut Tahun baru Khmer dan mereka banyak yang beradadiluar Phnom Penh untuk menghabiskan waktu untuk cuti yang mereka ada.Saya mengambil peluang ini untuk menyusuri jalan Monivong Blvd bersama Zack, Edio Pathic dan Alip Chandra dimana sambil mendengar cerita Zack bagaimana dia melalui kehidupannya di Phnom Penh untuk mencarirezeki disini dan ada beberapa orang Malaysia juga seperti dia yang mengembara jauh untuk bekerja.Zack ada juga berkongsi cerita bagaimana kehidupan orang Cambodia dan apa yang berlaku pada malam hari mereka disini.Bagi saya pengalaman adalah guru paling baik dalam perjalanan ini.
 

 

Monivong Blvd Photo By Jimmy Omar 

Petang itu saya dan sahabat sahabat telah bersedia untuk Wat Phnom dimana sepatutnya berlaku sambutan Tahun baru Khmer di Phnom Penh yang sememangnya meriah.Namun pesta air telah tidak dibenarkan untuk dilakukan pada ketika tahun baru khmer namun demikian aktiviti seperti sukan rakyat, riadah buat warga Phnom Penh memang ramai yang hadir pada masa itu.Saya suka dengan keramahan dan senyum manis orang Cambodia yang sentiasa memberikan kerjasama apabila mereka diambil gambar dan tidak terkejut atau melatah apatah lagi foto mereka diambil berulang kali. Oleh kerana wajah yang berbeza ini terilham untuk membuat satu series yang saya namakan 'a faces all the way' 

Wat Phnom photo by Hanafi Salam 

 

15 April 2013 : Phnom Penh - Siem Reap, Cambodia 

Hari ini saya dan para sahabat memulakan hari terakhir kami di Phnom Penh dengan menaiki bahagian atas bangunan hotel ini untuk mendapatkan panorama Phnom Penh.Suasana sunyi jalanraya itu masih lagi terasa kerana cuti Tahun Baru Khmer yang sedang disambut oleh masyarakat Cambodia pada ketika ini.Kami semua bertolak daripada hotel untuk menuju ke stesen bas yang bakal membawa kami ke Siem Reap.Memang bas yang ada di sini banyak sangat kelebihannya terutamanya free wifi disediakan disepanjang perjalanan kami ke Siem Reap.Satu perjalanan yang mengambil masa hampir 7 jam perjalanan dan dijangka tiba di Siem Reap lebih kurang dalam jam 2.00 petang.

Siem Reap photo by Hanafi Salam

 

Saya dan para sahabat tiba di Siem Reap lebih kurang jam 430 petang.Saya menginap di hotel yang dinamakan Check Inn Siem Reap yang boleh didapati infonya daripada Tripadvisor.Untuk mendapatkan penginapan di Siem Reap ini memang mudah melalui penempahan secara online.Siem Reap salah satu bandar yang juga memang cukup terkenal dengan kehadiran pelancong dari banyak negara.Saya dan para sahabat keluar ke bandar Siem Reap menggunakan tuk tuk dan kami menuju ke tempat makan muslim yang ada berhampiran dengan tempat penginapan kami.Kebetulan tempat kami ingin tuju tersebut tutup akhirnya membawa kami ke Muslim Family Restaurant yang bersebelahan dengan Masjid Al Nikmah yang menjadi satu satunya masjid yang ada didalam Siem Reap dan menjadi satu tempat berkumpulnya saudara saudara Islam saya apabila ada acara besar berlaku.Disini juga saya bertemu dengan Hj Musa yang sememangnya menjadi pembantu Ahim Rani ketika dia datang ke Cambodia untuk membuat Photo Essay yang dia namakan Sharipah.Saya secara peribadi memang terasa sebak bila melihat kehidupan saudara Islam saya disini.

Check Inn Siem Reap photo by Hanafi Salam 

 

16 April 2013 : Angkor Wat, Siem Reap

Hari ini saya bersedia untuk Angkor Wat yang sudah tentu mengambil masa berjam jam untuk berada didalam kawasan tersebut.Seawal ini saya sudah pastikan apa penceritaan dokumentari yang ingin saya kongsi menjadi bahan siri saya untuk Street Photography mahu pun daripada sudut Documentary.Angkor Wat adalah satu peninggalan kerajaan lama hindu yang boleh dilihat bagaimana ianya tersusun rapi dan akhirnya jatuh juga.Untuk masuk kesana bayaran akan dikenakan sebanyak 20USD dimana kita boleh berada disana selama sehari tetapi kita boleh juga berada disana lebih lama daripada itu tetapi harganya pasti akan berlainan.Angkor Wat ini sangat besar kerana ianya mewakili satu kerajaan hindu lama yang sangat besar pada masa itu.Ini kali pertama saya berada di Angkor Wat dan ianya meninggalkan banyak ukiran lama dan sekarang banyak kawasan Angkor Wat ini sedang dibaiki untuk dikekalkan menjadi bahan sejarah.

"Angkor Wat was built in the first half of the 12th century (113-5BC). Estimated construction time of the temple is 30 years by King Suryavarman II, dedicated to Vishnu (Hindu), replica of Angkor Thom style of art." - http://www.tourismcambodia.com

Saya suka lihat daripada kejadian masyarakat, alam sekeliling yang mempengaruhi Angkor Wat menjadi satu tumpuan masyarakat pada masa itu.Masyarakat pada masa itu lebih yakin dengan kekuatan bersatu dalam menentang musuh mereka.Segala catatan kemenangan mereka ukirkan disetiap dinding kuil mereka sebagai tanda ingatan pada generasi akan datang.Daripada sejarah dapat dipelajari kejatuhan mereka itu adalah kerana tangan mereka sendiri dan ini menjadi pelajaran buat masyarakat selepas mereka diambil iktibar.

sarapan sebelum ke Angkor Wat photo by Hanafi Salam 

 

Angkor Wat photo by Hanafi Salam 

Saya akui Angkor Wat ini adalah satu kerajaan yang cukup besar dan tidak mencukupi untuk berada disini selama sehari sahaja untuk mendapatkan segalanya.Banyak kuil yang ada disini tetapi kuil yang paling besar adalah Angkor Thom.Kebetulan pada masa itu adalah Tahun Baru Khmer dan ada acara keramaian yang dibuat di Angkor Wat pada masa itu.Memang niat hati ingin berada disana lebih lama lagi tetapi keadaan hujan semakin mula turun pada petang itu menyebabkan saya dan para sahabat mengambil keputusan untuk balik ke hotel setelah seharian berada di Angkor Wat.

 

17 Mei 2013 : Siem Reap, Cambodia

Hari ini di Siem Reap, saya telah memberikan kebenaran agar para sahabat lain dapat bergerak sendiri mengikut kehendaknya apa yang dia ingin mereka rakam melalui kameranya.Saya dan Alip mengambil keputusan untuk menaiki basikal di Siem Reap dengan sewanya hanya USD2 sehari, sahabat kami Sovithya & Volek telah menemani kami untuk aktiviti ini.Saya pergi ke Phsar Siem Reap melihat suasana pasar ikan dan sayur yang berada di tengah tengah bandar Siem Reap dan sekaligus mendapatkan suasana disana untuk simpanan fotografi saya.Orang Cambodia pada mereka pelancong dengan kamera itu adalah satu perkara yang tidak boleh dimarah kerana bagi mereka mengambil foto itu akan dapat memperkenalkan negara mereka dengan dunia luar siapa mereka dan apa yang mereka ada disana.Namun sebaliknya mereka tidak selesa apabila orang tempatan sendiri mengambil gambar mereka terutamanya melaksanakan Street Photography.

 

Cycle for Siem Reap photo by Hanafi Salam 

Kuat rasa saya untuk ke Masjid Al-Nikmah Siem Reap.Apatah lagi budak perempuan yang Ahim Rani ambil untuk photo essay yang dia buat bertajuk Sharipah berkaitan dengan masyarakat Islam di Siem Reap.Masjid dan kehidupan masyarakat Islam disini sangat sangat jauh berbeza dengan yang ada di Malaysia.Saya sangat sebak lihat saudara seagama saya sangat susah dan cukup saya bersyukur dengan apa yang Allah berikan pada saya di Malaysia.Keluarga Islam dikawasan ini memang bukanlah besar.Saya berada lama di kawasan masjid ini kerana kebetulan hujan lebat turun menyebabkan saya dapat bersama sama mereka duduk melihat anak anak yang sedang mengaji Al-Quran.Bilik mengaji mereka hanya ada dua sahaja dan segalaya serba kekurangan.Ya Allah, andai foto yang saya ambil jadikan karya ini nanti dapat menyentuh hati saudara Islam saya untuk bersedekah pada saudara di Cambodia ini, bantulah saya.

 

Masjid Neakmat and Qamariddin Al-Islamiyah School
No 074,Group8,
Stung Thmey Village,
Svay Dangkom Commune,
Siem Reap,CAMBODIA
 

Masjid Al Nikmah Photo By Alip Chandra

Sharipah photo essay Ahim Rani yang berkaitan dengan Masyarakat Islam Cambodia photo by Ahim Rani

Capture using Nikon D700

Capture using Iphone

Perjalanan kali ini sangat menyeronokkan dari segi fotografi, perbincangan dan pengalaman.Saya sendiri belajar untuk sabar dalam mengendalikan aktiviti yang melibatkan banyak individu dan belajar menerima segala kekurangan untuk diperbaiki dimasa akan datang.Pengalaman bersama masyarakat Cambodia satu pengalaman yang tidak sama dengan masyarakat lain yang pernah saya bersama, paling istimewa untuk perjalanan ini bukanlah Angkor Wat bagi saya tetapi adalah Masjid Al-Nikmah dan masyarakat Islam yang ada disekelilingnya.Saya dapat lihat sendiri bagaimana mereka punya rasa syukur yang sangat tinggi kerana apa yang mereka ada untuk terus hidup.Bila sentuh tentang membuat Street Photography di Cambodia sambil Traveling saya katakan ya pasti  kena datang lagi untuk karya akan datang kerana disini memang sesuai bagi kita yang datang mendapatkan suasana yang ada kerana mereka menyambut kita dengan tangan terbuka.Cambodia salah satu tempat yang boleh dijadikan port untuk street photographer datang dan membuat aktiviti disana.

Hari Terakhir di Check Inn Siem Reap photo by Hanafi Salam 

LCCT, Kuala Lumpur : 18 April 2013

Berakhir sudah satu perjalanan yang pasti tidak akan dapat diulang lagi kembali.Allah juga segalanya.

 
 
Hits: 243 0 Comments