Day 1 : Phnom Penh
Photo By Hanafi Salam : Liaunya Haji Aweng : Jimmy Omar : Yusz Nizam

Memang ini kali pertama berada di negara Kemboja yang cukup terkenal dengan pegangan komunisnya dan juga mempunyai 95% beragama Buddha.Bermula pada 12 April 2013 jam 645 pagi penerbangan daripada Kuala Lumpur ke Phnom Penh telah tiba ditempat yang dituju pada 845 pagi.Dalam perjalanan keluar kami singgah lama untuk mendapatkan line internet mobile yang ada di Phnom Penh ini dengan harga USD5 untuk satu bulan, memang saya akui mobile internetnya cukup laju.Saya telah pilih Cellcard untuk perkhidmatan tersebut.Setelah selesai kami semua mendapatkan line internet dan talipon masing masing maka kami mendapatkan teksi yang hanya USD9 daripada lapangan terbang ke New York Hotel, Phnom Penh.Alhamdulillah, makan muslim kami boleh dapati di Wau Restaurant berada disebelah sahaja dengan hotel tersebut dan mereka juga boleh berbahasa melayu.Kami makan tengahari disana dan selepas itu berehat dahulu sebelum ke Phsar Thmey.

Lapangan Terbang Phnom Penh, Cambodia
Berjalan kaki ke Phsar Thmey daripada hotel kami bukan tidaklah jauh sangat dan banyak suasana yang dapat kami lihat untuk dijadikan simpan dalam kamera masing masing.Sebelum sampai ke Phsar Thmey kami bertemu dengan kedai kamera memang semua pun singgah sekejap sehingga hampir semua membeli topi I AM NIKON yang tiada di Kota Kinabalu, Sabah dan begitu juga di Bandar Seri Bengawan, Brunei.Phsar Thmey di Phnom Penh ini bagaikan satu pasar wajib bagi orang orang Cambodia yang berniaga dan didalamnya mereka ada kawasan orang orang Vietnam berniaga, pada saya yang baru sahaja sampai dan mengenali bumi Cambodia ini memang tidak dapat membezakan mana satu orang Cambodia dan satu orang Vietnam tetapi bila ada sedikit info daripada Zack TheRunner berkaitan itu maka barulah dapat nampak perbezaan antara keduanya.Orang Vietnam apabila menaiki motosikal suka menutup mukanya dan kelihatan hanya mata mereka itu antara info yang saya dapat.


Berada dihadapan Phsar Thmey, Phnom Penh
Tuk Tuk adalah panggilan paling popular di Cambodia untuk kenderaan awam yang cukup murah boleh disewa oleh para pengunjung apabila hendak kemana mana bergantung kepada jarak yang ingin kita pergi.Selalunya kita masih boleh berunding berkaitan harga yang ditawarkan oleh mereka berkaitan dengan tuk tuk tersebut.Kalau dia minta 4USD kalau naik 4 orang maknanya seorang hanya dikutip 1USD sahaja maka kena pintar berunding dengan mereka.

antara Tuk Tuk yang ada di Phnom Penh, Cambodia
Selesai berada di Phsar Thmey, Phnom Penh.Saya ambil ruang untuk melihat suasana jalanan yang memang berbeza dengan Kota Kinabalu, Sabah yang kelihatan agak tidak teratur dan kotor.Cara mereka memandu juga agak berlainan dengan dengan negara kita memang agak ikut suka hati saja bila hendak memotong.Motosikal hanya pemandu sahaja yang menggunakan helmet tetapi pemboncengnya sampai 2 orang tidak akan menggunakan helmet langsung.Itu suasana yang tidak kelihatan di Malaysia.

Penunggang Motosikal di Phnom Penh, Cambodia
Pada malamnya saya bersedia untuk menunggu para sahabat Cambodia Photography Club yang ingin bertemu dan ingin sama bekerjasama dalam suasana fotografi sekaligus menjalinkan ikatan persahabatan yang dibina atas dasar fotografi.Pertemuan dibuat di Wau Restaurant bersebelahan dengan Hotel New York, saya sempat menunjukan hasil karya yang saya ada untuk rakan rakan Cambodia dan seterusnya memperkenalkan Gaya Street, Kota Kinabalu tempat saya selalu melaksanakan Street Photography dan juga Documentary Photography.Melihat kepada yang hadir semasa perjumpaan itu kebanyakannya bukan lah berada didalam genre Street Photography kecuali Sovithya Hang yang memang boleh dikatakan Street Photographer tegar di Cambodia untuk genre tersebut yang dapat saya temui.

Jebat Photography Club, Unplan Crew Brunei Darussalam & Cambodia Photography Club

Bersama Mr Tram Green Founder Cambodia Photography Club
Dalam perjumpaan bersama Cambodia Photography Club, kami turut membincangkan aktiviti bersama akan datang walaupun sekali dalam masa 2 tahun untuk melaksanakan fotografi yang pastinya melibatkan negara negara Asean yang boleh dijadikan pameran bersama agar dapat dikongsi untuk generasi akan datang.Mr Tram Green sangat suka dengan aktiviti yang dibuat oleh Jebat Photography Club bersama Unplan Crew Brunei Darussalam ini kerana dapat mereka mengenali Kota Kinabalu, Sabah dan juga Bandar Seri Bengawan, Brunei Darussalam dengan lebih dekat lagi.Dia yang hadir bersama ahli ahli Cambodia Photography Club turut mengharapkan pertemuan yang dilakukan itu akan menjadi satu contoh kepada Cambodia Photography Club untuk beraktiviti bersama terutamanya dengan negara negara jiran yang lain.Saya sangat gembira sebab idea yang saya lontarkan kepada Cambodia Photography Club itu diambil positif oleh Mr Tram Green semasa perjumpaan kami.
13 April 2013 | Phnom Penh, Cambodia

Dihadapan Royal Palace, Phnom Penh
Selepas daripada kawasan ini kami terus menyusuri Riverside Sungai Mekong dimana kami berehat sebentar di Francesco' Cafe dimana kami diberikan 50% diskaun oleh Cafe tersebut.Saya dan rakan lain kecuali Js Larrie dan Bro Jimmy Omar memang boleh membuat tempahan makanan disana tetapi yang lain hanya minum sahaja.Apa keistimewaan Cafe ini adalah tingkat atasnya adalah salah satu kawasan lepak jurugambar asing apabila mereka berada di Phnom Penh untuk liputan acara besar disana.Malah talian internet Cambodia memang lebih laju jika dibandingkan dengan Malaysia, mungkin juga kerana tidak ramai rakyat Cambodia menggunakan talian Internet disana.Namun demikian Free Wifi itu boleh didapati dimana mana sahaja kerana kebanyakan pelancong asing hanya suka duduk dimana free Wifi disediakan.

Francesco's Cafe, Phnom Penh
Meneruskan melalui Riverside Sungai Mekong, Phnom Penh dan saya bertemu dengan Golden Pagoda sebuat kuil yang ada berhampiran dengan Riverside tersebut.Kuil itu agak sibuk kerana persediaan mereka untuk menyambut Tahun Baru Khmer pada 14 April.Saya masuk kedalam dan mendapatkan sedikit dokumentari berkaitan dengan kuil tersebut.Hanya kelihatan suasana mereka sedang bersedia untuk upacara sembahyang mereka.

Golden Pagoda, Phnom Penh Cambodia
Selesai daripada Golden Pagoda ini saya meneruskan perjalanan setelah Sovithya Hang membawa saya dan rakan rakan lain melalui satu pasar yang cukup sesak dan saya cukup suka dengan suasana itu sebab saya dapat menggunakan RICOH GRD4 saya dengan begitu yakin sebab tiada rasa mereka terganggu apabila saya mendapatkan foto mereka sehampir mungkin.Namun demikian bau semasa melalui pasar itu sangatlah busuk dan saya terpaksa bertahan sebab saya lihat orang yang lalu lalang disana tidak berhenti, andai dikatakan Gaya Street, Kota Kinabalu sesak apabila mula 10 pagi lokasi yang saya lalui ini lagi sesak yang pernah saya hadapi.Namun demikian saya suka suasana ini sebab dapat membuat series yang saya namakan 'A Faces All The Way'.Semasa berada dikawasan tersebut juga saya dinasihatkan meletakkan dompet kami dipoket depan.

Suasana Pasar yang dilalui selepas daripada Golden Pagoda
Suasana tengahari di Cambodia masih sama dengan Malaysia dan saya beserta rakan rakan telah makan tengahari di Restoran Muslim yang dinamakan Halal Restaurant malah pelayannya boleh bertutur dalam Bahasa Malaysia, kerana saya dan rakan rakan sentiasa memastikan makan secara berjemaah agar dapat menjimatkan perbelanjaan kami disana.Kami tempah makan untuk seramai 10 orang dan kemudian kami bahagikan 10 berapa nilai seorang perlu bayar untuk makan tersebut, Alhamdulillah cara ini sangat menjimatkan perbelanjaan makan kami disana.

Halal Restaurant
#13Eo, St 130 Sangkat Phsar Kandal1, Phnom Penh Cambodia
Tel : 85512536969
email :
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Pada petangnya saya ke The Independence Monument yang dibina menandakan kemerdekaan Cambodia daripada Perancis pada tahun 1953.Disini kita dapat lihat satu mercu tanda yang berhampiran dengan rumah Perdana Menteri Cambodia yang betul betul berhampiran dengan Monument ini.Kawasan ini menjadi tempat mereka menyambut hari kemerdekaan mereka.Saya dan rakan rakan kesini menggunakan tuktuk dan kami minta mereka datang kembali mengambil saya dan rakan rakan setelah selesai berada dikawasan itu.Semasa saya berjalan dengan Sovithya Hang dia ada menunjukkan saya pada satu cafe yang dijadikan galeri berhampiran dengan kawasan Monument tersebut dan dia juga memberitahu saya yang galeri itu sentiasa dijadikan tempat untuk membuat pameran fotografi terutamanya daripada Cambodia dan juga dari luar.
The Independence Monument
Berhampiran dengan Monument ini ada dua lagi Monument yang menjadi tanda di Phnom Penh ini, yang satu ini adalah melambangkan Ular dimana kepercayaan orang Cambodia mereka bangsa Cambodia berasal daripada ular sebab itulah boleh dilihat kebanyakan tempat di Phnom Penh ini boleh dilihat monument yang melambangkan ular.


Ini adalah dua Monument yang berhampiran dengan The Independence Monument
14 April 2013 : Phnom Penh
Pagi ini Phnom Penh agak sunyi kerana masyarakat disini telah mula bercuti untuk menyambut Tahun baru Khmer dan mereka banyak yang beradadiluar Phnom Penh untuk menghabiskan waktu untuk cuti yang mereka ada.Saya mengambil peluang ini untuk menyusuri jalan Monivong Blvd bersama Zack, Edio Pathic dan Alip Chandra dimana sambil mendengar cerita Zack bagaimana dia melalui kehidupannya di Phnom Penh untuk mencarirezeki disini dan ada beberapa orang Malaysia juga seperti dia yang mengembara jauh untuk bekerja.Zack ada juga berkongsi cerita bagaimana kehidupan orang Cambodia dan apa yang berlaku pada malam hari mereka disini.Bagi saya pengalaman adalah guru paling baik dalam perjalanan ini.

Monivong Blvd Photo By Jimmy Omar
Petang itu saya dan sahabat sahabat telah bersedia untuk Wat Phnom dimana sepatutnya berlaku sambutan Tahun baru Khmer di Phnom Penh yang sememangnya meriah.Namun pesta air telah tidak dibenarkan untuk dilakukan pada ketika tahun baru khmer namun demikian aktiviti seperti sukan rakyat, riadah buat warga Phnom Penh memang ramai yang hadir pada masa itu.Saya suka dengan keramahan dan senyum manis orang Cambodia yang sentiasa memberikan kerjasama apabila mereka diambil gambar dan tidak terkejut atau melatah apatah lagi foto mereka diambil berulang kali. Oleh kerana wajah yang berbeza ini terilham untuk membuat satu series yang saya namakan 'a faces all the way'


Wat Phnom photo by Hanafi Salam
15 April 2013 : Phnom Penh - Siem Reap, Cambodia
Hari ini saya dan para sahabat memulakan hari terakhir kami di Phnom Penh dengan menaiki bahagian atas bangunan hotel ini untuk mendapatkan panorama Phnom Penh.Suasana sunyi jalanraya itu masih lagi terasa kerana cuti Tahun Baru Khmer yang sedang disambut oleh masyarakat Cambodia pada ketika ini.Kami semua bertolak daripada hotel untuk menuju ke stesen bas yang bakal membawa kami ke Siem Reap.Memang bas yang ada di sini banyak sangat kelebihannya terutamanya free wifi disediakan disepanjang perjalanan kami ke Siem Reap.Satu perjalanan yang mengambil masa hampir 7 jam perjalanan dan dijangka tiba di Siem Reap lebih kurang dalam jam 2.00 petang.



Siem Reap photo by Hanafi Salam
Saya dan para sahabat tiba di Siem Reap lebih kurang jam 430 petang.Saya menginap di hotel yang dinamakan Check Inn Siem Reap yang boleh didapati infonya daripada Tripadvisor.Untuk mendapatkan penginapan di Siem Reap ini memang mudah melalui penempahan secara online.Siem Reap salah satu bandar yang juga memang cukup terkenal dengan kehadiran pelancong dari banyak negara.Saya dan para sahabat keluar ke bandar Siem Reap menggunakan tuk tuk dan kami menuju ke tempat makan muslim yang ada berhampiran dengan tempat penginapan kami.Kebetulan tempat kami ingin tuju tersebut tutup akhirnya membawa kami ke Muslim Family Restaurant yang bersebelahan dengan Masjid Al Nikmah yang menjadi satu satunya masjid yang ada didalam Siem Reap dan menjadi satu tempat berkumpulnya saudara saudara Islam saya apabila ada acara besar berlaku.Disini juga saya bertemu dengan Hj Musa yang sememangnya menjadi pembantu Ahim Rani ketika dia datang ke Cambodia untuk membuat Photo Essay yang dia namakan Sharipah.Saya secara peribadi memang terasa sebak bila melihat kehidupan saudara Islam saya disini.


Check Inn Siem Reap photo by Hanafi Salam
16 April 2013 : Angkor Wat, Siem Reap
Hari ini saya bersedia untuk Angkor Wat yang sudah tentu mengambil masa berjam jam untuk berada didalam kawasan tersebut.Seawal ini saya sudah pastikan apa penceritaan dokumentari yang ingin saya kongsi menjadi bahan siri saya untuk Street Photography mahu pun daripada sudut Documentary.Angkor Wat adalah satu peninggalan kerajaan lama hindu yang boleh dilihat bagaimana ianya tersusun rapi dan akhirnya jatuh juga.Untuk masuk kesana bayaran akan dikenakan sebanyak 20USD dimana kita boleh berada disana selama sehari tetapi kita boleh juga berada disana lebih lama daripada itu tetapi harganya pasti akan berlainan.Angkor Wat ini sangat besar kerana ianya mewakili satu kerajaan hindu lama yang sangat besar pada masa itu.Ini kali pertama saya berada di Angkor Wat dan ianya meninggalkan banyak ukiran lama dan sekarang banyak kawasan Angkor Wat ini sedang dibaiki untuk dikekalkan menjadi bahan sejarah.
"Angkor Wat was built in the first half of the 12th century (113-5BC). Estimated construction time of the temple is 30 years by King Suryavarman II, dedicated to Vishnu (Hindu), replica of Angkor Thom style of art." - http://www.tourismcambodia.com
Saya suka lihat daripada kejadian masyarakat, alam sekeliling yang mempengaruhi Angkor Wat menjadi satu tumpuan masyarakat pada masa itu.Masyarakat pada masa itu lebih yakin dengan kekuatan bersatu dalam menentang musuh mereka.Segala catatan kemenangan mereka ukirkan disetiap dinding kuil mereka sebagai tanda ingatan pada generasi akan datang.Daripada sejarah dapat dipelajari kejatuhan mereka itu adalah kerana tangan mereka sendiri dan ini menjadi pelajaran buat masyarakat selepas mereka diambil iktibar.

sarapan sebelum ke Angkor Wat photo by Hanafi Salam





Angkor Wat photo by Hanafi Salam
Saya akui Angkor Wat ini adalah satu kerajaan yang cukup besar dan tidak mencukupi untuk berada disini selama sehari sahaja untuk mendapatkan segalanya.Banyak kuil yang ada disini tetapi kuil yang paling besar adalah Angkor Thom.Kebetulan pada masa itu adalah Tahun Baru Khmer dan ada acara keramaian yang dibuat di Angkor Wat pada masa itu.Memang niat hati ingin berada disana lebih lama lagi tetapi keadaan hujan semakin mula turun pada petang itu menyebabkan saya dan para sahabat mengambil keputusan untuk balik ke hotel setelah seharian berada di Angkor Wat.
17 Mei 2013 : Siem Reap, Cambodia
Hari ini di Siem Reap, saya telah memberikan kebenaran agar para sahabat lain dapat bergerak sendiri mengikut kehendaknya apa yang dia ingin mereka rakam melalui kameranya.Saya dan Alip mengambil keputusan untuk menaiki basikal di Siem Reap dengan sewanya hanya USD2 sehari, sahabat kami Sovithya & Volek telah menemani kami untuk aktiviti ini.Saya pergi ke Phsar Siem Reap melihat suasana pasar ikan dan sayur yang berada di tengah tengah bandar Siem Reap dan sekaligus mendapatkan suasana disana untuk simpanan fotografi saya.Orang Cambodia pada mereka pelancong dengan kamera itu adalah satu perkara yang tidak boleh dimarah kerana bagi mereka mengambil foto itu akan dapat memperkenalkan negara mereka dengan dunia luar siapa mereka dan apa yang mereka ada disana.Namun sebaliknya mereka tidak selesa apabila orang tempatan sendiri mengambil gambar mereka terutamanya melaksanakan Street Photography.

Cycle for Siem Reap photo by Hanafi Salam
Kuat rasa saya untuk ke Masjid Al-Nikmah Siem Reap.Apatah lagi budak perempuan yang Ahim Rani ambil untuk photo essay yang dia buat bertajuk Sharipah berkaitan dengan masyarakat Islam di Siem Reap.Masjid dan kehidupan masyarakat Islam disini sangat sangat jauh berbeza dengan yang ada di Malaysia.Saya sangat sebak lihat saudara seagama saya sangat susah dan cukup saya bersyukur dengan apa yang Allah berikan pada saya di Malaysia.Keluarga Islam dikawasan ini memang bukanlah besar.Saya berada lama di kawasan masjid ini kerana kebetulan hujan lebat turun menyebabkan saya dapat bersama sama mereka duduk melihat anak anak yang sedang mengaji Al-Quran.Bilik mengaji mereka hanya ada dua sahaja dan segalaya serba kekurangan.Ya Allah, andai foto yang saya ambil jadikan karya ini nanti dapat menyentuh hati saudara Islam saya untuk bersedekah pada saudara di Cambodia ini, bantulah saya.
Masjid Neakmat and Qamariddin Al-Islamiyah School
No 074,Group8,
Stung Thmey Village,
Svay Dangkom Commune,
Siem Reap,CAMBODIA

Masjid Al Nikmah Photo By Alip Chandra

Sharipah photo essay Ahim Rani yang berkaitan dengan Masyarakat Islam Cambodia photo by Ahim Rani

Capture using Nikon D700



Capture using Iphone
Perjalanan kali ini sangat menyeronokkan dari segi fotografi, perbincangan dan pengalaman.Saya sendiri belajar untuk sabar dalam mengendalikan aktiviti yang melibatkan banyak individu dan belajar menerima segala kekurangan untuk diperbaiki dimasa akan datang.Pengalaman bersama masyarakat Cambodia satu pengalaman yang tidak sama dengan masyarakat lain yang pernah saya bersama, paling istimewa untuk perjalanan ini bukanlah Angkor Wat bagi saya tetapi adalah Masjid Al-Nikmah dan masyarakat Islam yang ada disekelilingnya.Saya dapat lihat sendiri bagaimana mereka punya rasa syukur yang sangat tinggi kerana apa yang mereka ada untuk terus hidup.Bila sentuh tentang membuat Street Photography di Cambodia sambil Traveling saya katakan ya pasti kena datang lagi untuk karya akan datang kerana disini memang sesuai bagi kita yang datang mendapatkan suasana yang ada kerana mereka menyambut kita dengan tangan terbuka.Cambodia salah satu tempat yang boleh dijadikan port untuk street photographer datang dan membuat aktiviti disana.

Hari Terakhir di Check Inn Siem Reap photo by Hanafi Salam

LCCT, Kuala Lumpur : 18 April 2013
Berakhir sudah satu perjalanan yang pasti tidak akan dapat diulang lagi kembali.Allah juga segalanya.