PERTANDINGAN BUKU FOTO BERKONSEPKAN ESEI FOTO / CERITA FOTO 2019

Published by JPC on

Penyertaan terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas
dan yang menetap di Sabah kecuali Jawatankuasa Tertinggi Pertandingan
yang dilantik.

TEMA

“Etnik Sabah”
Mengetengahkan kebudayaan pelbagai etnik di Sabah. Esei Foto/Cerita Foto
ini akan menjurus kepada kebudayaan, iaitu adat resam, makanan, busana,
peralatan memburu, perubatan, tarian, alat muzik tradisional, flora dan fauna
yang berkait rapat dengan etnik di Sabah.

MUAT TURUN BORANG PENYERTAAN 

SYARAT PENGHANTARAN

5.1 Penyertaan hendaklah dihantar dalam bentuk poster salinan keras
(hard copy). Setiap salinan seni kerja hendaklah bercetak digital
bersaiz A2 (420 mm x 594 mm) dan dilekat pada bod lekap (mounting
board) berwarna hitam. Sila nyatakan nama penuh, alamat lengkap,
e-mel, nombor telefon dan tajuk yang dipilih di belakang bod lekap.

5.2 Penyertaan hendaklah dihantar dalam bentuk salinan lembut (soft
copy) dalam bentuk format dokumen mudah alih (pdf) dengan resolusi
sekurang-kurangnya 300 dpi atau Format Cetakan Berkualiti Tinggi
dan disimpan dalam bentuk CD/DVD. Sila labelkan semua penyertaan
seperti yang berikut:
i. Topik ……………………………
ii. No. entri ………………………..
iii. Nama. Pdf …………………….

5.3 Setiap gambar yang diambil perlu dihantar dalam bentuk CD/DVD
berasingan daripada perkara yang dinyatakan dalam para 5.2 untuk
memastikan ketulenan gambar dan tidak diciplak daripada mana-mana
media. Sila labelkan semua penyertaan seperti yang berikut:

i. Topik ……………………………
ii. No. entri ………………………..
iii. Nama. Pdf …………………….

5.4 Semua penyertaan perlu dibuat mengikut format dan garis panduan
seperti yang berikut:
i. Semua gambar mestilah disertakan dengan kenyataan foto;
ii. Penyertaan boleh disediakan dalam orientasi potret atau
landskap;
iii. Gambar-gambar yang dihasilkan hendaklah sama ada
berwarna atau hitam dan putih sepenuhnya;
iv. Penyertaan mestilah dalam bahasa Melayu.

TERMA DAN RUJUKAN

6.1 Pertandingan ini terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 18
tahun ke atas dan yang menetap di Sabah kecuali Jawatankuasa
Tertinggi Pertandingan yang dilantik.

6.2 Tarikh tutup pertandingan adalah pada 31 Ogos 2019.

6.3 Pemenang akan dimaklumkan dan akan diundang hadir dalam Majlis
Penyampaian Hadiah.

6.4 Semua penyertaan hendaklah mempunyai 25 buah gambar bersama-
sama tidak kurang daripada 1000 patah perkataan.

6.5 Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan.

6.6 Gambar hendaklah berlatarbelakangkan negeri Sabah sahaja dan
lokasi tempat bagi setiap gambar perlu dinyatakan.

6.7 Semua gambar dan penulisan yang diserahkan mestilah asli dan

dihasilkan sendiri oleh peserta. Pengubahsuaian gambar atau
sebarang plagiat, tiruan atau ciplak tidak dibenarkan sama sekali dan
gambar tidak boleh diubah daripada imej asal.

6.8 Peserta bertanggungjawab sepenuhnya terhadap gambar-gambar dan
penulisan cerita agar tidak melanggar hak cipta, tanda dagangan, hak
moral, hak-hak harta privasi/publisiti atau intelek mana-mana individu
atau entiti dan tidak ada pihak lain mempunyai apa-apa hak, hak milik,
tuntutan atau kepentingan dalam gambar tersebut.

6.9 Peserta juga perlu bersetuju:

i. Untuk terikat dengan peraturan rasmi penganjur;
ii. Keputusan hakim muktamad atas semua perkara yang
berkaitan dengan pertandingan dan
iii. Pihak penganjur berhak dengan persetujuaan menggunakan penyertaan yang
berjaya seperti nama pemenang, artikel/gambar dan suara
dalam sebarang publisiti atau pengiklanan yang berkaitan
dengan pertandingan atau promosi masa depan tanpa
pampasan atau kelulusan. 

 

Karya yang menang hanya boleh diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan
Pustaka. Pihak penganjur tidak bertanggungjawab atas penyertaan yang rosak
atau hilang semasa dalam penghantaran.

Pihak penganjur berhak membatalkan sebarang penyertaan yang tidak
mematuhi terma dan syarat-syarat yang dinyatakan di atas.

Keputusan juri muktamad dan sebarang bentuk surat-menyurat tidak
akan dilayan.

Semua penyertaan mestilah diterima sebelum atau pada tarikh akhir
penyertaan, iaitu pada 31 Ogos 2019 (Sabtu). Sila cetak penyertaan
daripada laman web Dewan Bahasa dan Pustaka dan Jebat
Photography Club. Sila pastikan semua maklumat dinyatakan di ruang
yang telah ditetapkan. Permohonan yang disertakan dengan borang
yang tidak lengkap akan dibatalkan. Lampirkan penyertaan berserta

CD/DVD dan dihantar ke alamat:

Urus Setia,
Pertandingan Buku Foto Berkonsepkan
Esei Foto/Cerita Foto,
Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah,
Kompleks DBP Caw. Sabah,
Jalan Sulaman,
88999 KOTA KINABALU.

(Tel.: 088-439260. Faks.: 088-439318)

SEBARANG PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan pertandingan boleh dirujuk kepada:
i. Hajah Norjanah Yusof
E-mel: norjanah@dbp.gov.my
Tel. : 088-439260
ii. Jebat Photography Club | Mohd Idremzizan Idris
E-mel: admin@jebat.net | jebatlegacy@jebat.net
Tel. : 016-3558080

 


0 Comments

Leave a Reply

Avatar placeholder

Your email address will not be published. Required fields are marked *