A DAY WITH A TALENT MUSLIMAH

Published by JPC on

 
Jebat Photography Club telah selesai menganjurkan satu aktiviti yang dipanggil "A Day With A Talent Muslimah" yang bertujuan untuk mengasah ilmu dan bakat yang telah dipelajari daripada bengkel bengkel fotografi terdahulu.Aktiviti yang telah melibatkan hampir 10 kumpulan yang terdiri daripada 3 jurufoto dan 1 orang model yang berkonsepkan muslimah untuk diketengahkan.Aktiviti yang menjemput rakana rakan daripada dekat dan jauh untuk bersama antaranya daripada Papar dan Sipitang untuk aktiviti ini.
Pembelajaran mengurus kumpulan dan bakat bermula seawal mereka mendapat tajuk yang telah diberikan dan persediaan mereka sangat teliti dalam menghasilkan kreativiti yang ada.Satu kumpulan fotografi daripada Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu juga telah turun serta dalam aktiviti fotografi dan ini menunjukan fotografi sememang diterima oleh sesiapa sahaja.
Beberapa orang peserta daripada Papar dan Sipitang  juga turut sama dalam aktiviti tersebut dan telah pun beberapa kali menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh kelab Jebat Fotografi dan kini merasa sangat yakin dalam mengendalikan tugasan yang sekaligus membantu anak anak kumpulan menguasai perkara asas dalam fotografi bagi mereka yang baru pertama kali menggunakan kamera terutamanya DSLR.
Jebat Photography Club juga turut bersama saudara Azman Jumat dalam sessi perbincangan hasil yang telah dibuat pada hari tersebut dan perkongsiaan beliau sangat memberikan kesan pada mereka yang mengikuti aktiviti ini dan sekaligus telah memilih  3 hasil yang terbaik setelah pembentangan perbincangan dibuka pada petangnya aktiviti tersebut dijalankan.Penilaian daripada salah seorang jurufoto Jabatan Penerangan Kota Kinabalu ini sekurang kurang Jebat Photography Club tidak mengabaikan nasihat dan pandangan mereka yang lebih berpengalaman dalam bidang fotografi ini.Jebat Photography Club sangat berterima kasih dengan kesudian saudara Azman Jumat untuk membantu menjayakan aktiviti JPC ini.
Jebat Photography Club juga dalam persediaan untuk membuat satu persediaan projek yang diberikan nama "Project 180° : Gaya Street, Kota Kinabalu" yang bakal membuat dokumentasi kehidupan, suasana dalam ruangan awam di Gaya Street, Kota Kinabalu untuk dijadikan pameran akan datang.Aktiviti ini akan sentiasa membuat perbincangan mereka dalam satu ruang yang mereka namakan "Coffee Section : Street Photography, Documentary, Photojurnalisme & Photo Essay".Sesiapa sahaja berminat untuk mengetahui aktiviti ini boleh sahaja menghubungi admin atau MT Jebat Photography Club dan perbincangan ini adalah percuma.
 
 
UTUSAN BORNEO 6 Ogos 2013
 
 

Categories: Berita

0 Comments

Leave a Reply

Avatar placeholder

Your email address will not be published. Required fields are marked *