Bantu Mereka Yang Sangat Terkesan Dengan Pandemik

Published by JPC on

Kami dihubungi oleh Irwan Idris yang meminta kami sampaikan sumbangan buat keluarga yang betul betul memerlukan. Kami JPC hubungi keluarga tersebut yang berada di Telipok dan menangis benar dia untuk meminta bantuan yang sangat terdesak. Ya Allah, kami disini makan dengan betapa selesanya dan mereka menangis dan merayu mahu meminta makanan. Hati teringat kisah Saidina Omar dimana satu daripada keluarga rakyatnya menangis semalaman anak mereka sehinggalah tertidur kerana kelaparan apabila ibunya memasakkan batu dalam periuk mereka. Saidina Omar sendiri memikul gandum tersebut walaupun cuba diambil oleh pegawai pegawainya. Omar berkata “biarlah saya yang pikul gandum ini kerana itu adalah yang akan ditanya nanti depan Allah dibawah pimpinan saya”

JPC mengucapkan terima kasih kepada Armel JPC , Grey Nana JPC yang menyampaikan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Terima kasih juga kepada Irwan Idris kerana kepercayaan untuk kami sampaikan bantuan yang mereka perlukan. JPC turut membuka tabung bantuan untuk mereka yang meminta bantuan seperti ini. Boleh salurkan kepada kami di JPC melalui akaun Mohd Idremzizan Idris 560102050330 Maybank. Terima kasih Abd Salam , Alip Candra & Rawellang setakat ini menyumbang dan kita telah pun sampaikan kepada mereka melalui Armel JPC.


Msg meminta bantuan kepada Irwan Idris

Categories: Berita