JPC BERSAMA POLIS DIRAJA MALAYSIA
Jebat Photography Club telah dijemput bersama sama Polis Diraja Malaysia untuk aktiviti di UITM, Sabah.Jebat Photography Club yang juga telah diwakili oleh Grey Nana, Prince Nikon, Mohd Fhaza & Maheez Photoshop Malaya untuk berada dilokasi pameran foto hasil Jebat Photography Club yang telah disediakan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu.Jebat Photography Club juga amat berterima kasih dengan pihak Polis yang cukup memberikan kerjasama semasa waktu pameran tersebut.
Jebat Photography Club juga dapat bersama sama dengan YDH DCP Dato’ Pahlawan Hj. Hamza B. Taib, Pesuruhjaya Polis Sabah dan Ybhg. Datuk Dr. Hj. Abd. Kadir B. Hj. Roseline,Rektor UITM Cawangan Sabah sekaligus dapat menerangkan sedikit apa itu fotografi secara ringkas dan genre yang ada didalam fotografi, malah Jebat Photography Club juga telah dipanggil oleh Rektor UITM, Sabah untuk sama sama berkolaborasi dengan mereka terutamanya dalam bidang fotografi.
Ini telah memberikan ruang yang luas buat Jebat Photography Club untuk berkomuniti bersama pihak UITM Sabah.