IPA WORKSHOP KOTA KINABALU

 
 
Jebat Photography Club telah menganjurkan Workshop Series bersama Invisible Photographer Asia yang lebih membincangkan Street Photography, Documentary Photography dan Visual Jurnalisme daripada sudut pandangan yang lebih jauh.Kevin WY Lee pemilik IPA daripada Singapore yang hadir buat kali pertama ke Kota Kinabalu sememangnya tidak menyangka yang Kota Kinabalu khasnya dan SABAH umumnya mempunyai Street Photographer yang ramai dan berbakat besar.Dia sangat teruja bila kali pertama menjejaki kaki ke Kota Kinabalu apabila melihat kesungguhan JPC dalam menganjurkan pelbagai aktiviti terutamanya untuk Street Photography dimana dia menyangka yang Kota Kinabalu ini hanya bercerita soal fotografi bersifat landskap atau model sahaja.Namun sangkaannya itu amat berbeza sekali dan dia kagum dengan ikatan persahabatan yang dibuat oleh JPC dengan para peminat fotografi walaupun mempunyai perbezaan genre dalam fotografi yang mereka ada.
 
JPC sangat suka dengan cara Kevin WY Lee mengendalikan Workshop yang diberikan, walaupun dikendalikan 100% dalam Bahasa Inggeris tetapi semua ahli JPC dan mereka yang mengikuti workshop ini dapat menguasainya dengan begitu baik walaupun mereka datang daripada genre yang berbeza dengan Street Photography tetapi dengan cara pendekatan yang cukup berbeza menyebabkan mereka yang mengikuti Workshop ini dapat menguasai Street Photography pada tahap mereka.
 
IPA juga akan datang lagi ke Kota Kinabalu untuk Street Photography International Workshop Series yang pastinya akan memberikan banyak ruang kepada JPC untuk menambah ikatan persahabatan walaupun berbeza negara, kepercayaan tetapi penghormatan diatas minat yang sama iaitu fotografi menyebabkan dapat duduk dan berbincang pada cerita yang sama.JPC selepas ini akan mengumpulkan artwork artwork yang ada untuk dimasukkan ke dalam website rasmi Jebat.Net dan hujung tahun artwork ini akan dibukukan untuk dijual kepada para peminat Street Photography dan Photography yang ada diseluruh dunia ini.
 
Workshop Series IPA ini memberikan ruang kepada JPC agar tidak melihat fotografi itu hanya dibawa telunjuk satu kawasan sahaja tetapi sebenarnya mungkin karya kita tidak diterima ditempat kita sendiri dan mungkin juga ianya menjadi pujaan ramai apabila kita pamerkannya di luar kawasan kita ada dan berkemungkinan kita pasti menjadi salah satu yang hebat dimata orang lain diluar sana.Workshop kali ini seramai 10 orang yang hadir dan IPA akan terus melihat perkembangan daripada mereka yang sudah mendapat didikan IPA selepas ini.Hasil setahun nanti akan membezakan kita siapa pada masa itu.JPC yakin mereka yang hadir itu adalah mereka yang benar benar ingin mendalami dan bakal pergi jauh sejauh mata memandang dalam bidang ini.
 
Namun apa juga yang didapati ini adalah segalanya Allah sahaja yang berikan rahmat, segala perancangan andai Allah tidak izinkan sudah pasti JPC tidak akan dapat pergi sejauh ini.Alhamdulillah.
 

Leave a Reply

avatar
  Subscribe  
Notify of
%d bloggers like this: