KUNJUNGAN HORMAT JPC KEPADA KEMENTERIAN PELANCONGAN, KEBUDAYAAN DAN ALAM SEKITAR SABAH

Published by JPC on

 
 
Jebat Photography Club telah bersama dengan Datuk Masidi Manjun Menteri Kebudayaan, Pelancongan & Alam Sekitar Sabah untuk memberikan penerangan bagaimana perjalanan Kota Kinabalu Photo Week pada 2014 yang lalu, dimana purata 100 orang pengunjung yang hadir sepanjang setiap hari acara Kota Kinabalu Photo Week 2014 berlangsung.Kehadiran Persatuan Fotografi Negara Brunei Darussalam juga ada pada ketika itu selain daripada peminat fotografi daripada negeri Sarawak dan Selangor.Kehadiran para sahabat JPC daripada luar ini turut memberikan impak yang baru kepada suasana fotografi di Sabah terutamanya Kota Kinabalu. Kini aktiviti itu akan diadakan kembali dengan banyak aktiviti yang melibatkan fotografi daripada pelbagai peringkat yang diberikan nama Kinabalu Photo Festival yang bakal berlansung pada 22 – 27 November 2016 di Kota Kinabalu Sabah.Pengisian Kinabalu Photo Festival kali ini agaj berbeza dengan dua tahun yang lalu, malah setelah penerangan yang baik diberikan oleh JPC kepada Datuk Masidi Manjun bagaimana perjalanan Kinabalu Photo Festival 2016 berjalan, beliau sangat berpuashati kerana tidak pernah berhenti untuk menganjurkan sesuatu yang baik untuk masyarakat dan generasi akan datang terutamanya untuk Sabah dan Borneo amnya.Penerangan ini juga melibatkan apa yang telah dilaksanakan oleh JPC sebelum ini dan akan datang, dimana berlandaskan fotografi dan pendidikan maka JPC akan membuat kolaborasi dengan beberapa institusi fotografi daripada luar negara untuk dapat memberikan peluang kepada anak tempatan mengetengahkan hasil kerja mereka ke keluar negara dan sekaligus memberikan pendedahan bagaimana jurufoto luar negara bekerja dan menyelesaikan tugasan mereka.Fokus JPC adalah lebih kepada pendidikan dalam fotografi termasuklah teknikal foto, teknikal ICT dan juga pengurusan komuniti.
 
Dato Rusmadi yang juga adalah Pengarah Lembaga Kebudayaan Pelancongan Sabah ada pada ketika itu turut sama memberikan sokongan dengan memberikan peluang kepada JPC untuk membuat exhibition lagi di Sabah Art Gallery dengan pendekatan yang berbeza kali ini.Beliau juga sangat suka dengan idea JPC menjadikan Festival ini sebagai satu permulaan yang baru untuk dunia fotografi di Sabah. Kinabalu Photo Festival atau juga dikenali sebagai Kota Kinabalu Photo Week sebelum ini kali ini akan bertemakan "voice from your heart & eyes" yang melibatkan pertandingan fotografi, forum fotografi, sharing berkaitan photobook, bengkel editing, bengkel fotografi melibatkan Photojurnalism, Street Photography, Documentary atau Photo Essay, sharing foto daripada sahabat JPC daripada Brunei, Myammar, Thailand, Singapore, Indonesia, Cambodia dan Filipina.Pada masa itu Kota Kinabalu akan bercerita berkaitan foto tidak kira mereka profesional sehinggalah kepada kanak kanak yang meminati seni fotografi.Tujuan penganjuran ini adalah bertujuan untuk memberikan peluang kepada anak tempatan yang berkebolehan untuk belajar dan mengetengahkan hasil karya mereka kepada dunia luar.Mentor bengkel yang dianjurkan dalam Kinabalu Photo Festival juga akan dijemput daripada luar untuk memberikan pendedahan luas dengan pengalaman yang mereka ada pada dunia fotografi.
 
JPC turut berterima kasih kepada Kementerian Pelancongan, Kebudayaan & Alam Sekitar Sabah yang memberikan sokongan daripada mula JPC ditubuhkan sehinggalah sekarang dalam penganjuran Kinabalu Photo Festival ini.Moga para jurufoto dan juga peminat fotografi yang ada dimana sahaja, tidak akan melepaskan peluang ini begitu sahaja kerana akan ada banyak perkongsiaan yang berguna ketika Platform Kinabalu Photo Festival ini berlangsung.Kita bukan sahaja menumpukan kepada mereka yang bertugas sebagai jurufoto tetapi juga kepada mereka yang berada dibelakang tabir dunia fotografi tersebut.Malah para peminat fotografi daripada pelbagai lapisan masyarakat akan bersama sama untuk Kinabalu Photo Festival ini.

Ini adalah #throwback Kota Kinabalu Photo Week 2014 yang lalu 

 
{youtube}Ky6Gx83I_8o{/youtube}
 
 

 

Categories: Berita

0 Comments

Leave a Reply

Avatar placeholder

Your email address will not be published. Required fields are marked *