OPEN DAY JPC

Published by JPC on

 

Tahniah dan terima kasih kepada semua yang telah memberikan kerjasama untuk Open Day JPC yang berkonsepkan perkongsian semasa Mesyuarat Agung JPC kali ke 4 yang turut membincangkan idea akan datang semasa Kinabalu Photo Festival dan kali ini JPC akan berusaha untuk mengahsilkan Zine yang boleh dikongsikan kepada para peminat fotografi terutamanya daripada luar untuk melihat keindahan Sabah dan Borneo dari kacamata penduduk itu sendiri.

Terima kasih kepada SK (c) Anglo Chinese, SM Kolombong, Kolej PTPL dan Kolej Cosmopoint yang turut sama hadir bersama untuk berkongsi bagaimana perkembangan daya kreativiti para pelajar mereka ini.

JPC sudah berusia hampir 10 tahun dalam bidang pendidikan fotografi, videografi dan yang berkaitan dengannya.Yang turut membantu badan badan kerajaan dan juga swasta dalam penganjuran fotografi di Sabah khasnya.Melihat kepada foto ini, mereka yang ada dalam JPC semakin dewasa dan hebat.Perancangan akan datang akan disusun dengan begitu baik agar pengurusan pendidikan terutamanya fotografi akan menjadi lebih kemas dan berkesan terutamanya daripada penglibatan antarabangsa.JPC kerjasama dengan Pannafoto Indonesia dan Matanesia yang bakal banyak membincangkan Photostory dan pendidikannya kepada Borneo.

 

Tahniah semua ! 

 

 

 

Categories: Berita

0 Comments

Leave a Reply

Avatar placeholder

Your email address will not be published. Required fields are marked *