Pelancaran Buku Romi Perbawa Au Loim Foin
JPC terpanggil untuk bersama Pannafoto semasa pelancaran buku Au Loim Foin daripada Romi Perbawa yang mengupas isu masyarakat Indonesia yang berkerja di luar negara dan bagaimana isu keluarga mereka kehidupan mereka dan generasi mereka di luar negara terutamanya yang melibatkan undang undang negara yang berbeza. Romi yang juga membuktikan jurufoto bukan sepenuh masa dapat melaksanakan tugasan ini sehingga terhasil buku foto yang menjadi impian kebanyakan fotojurnalis dimana amat sedikit dapat menghasilkan buku seperti ini.
Ahmad Deny Salman yang juga mentor untuk Kinabalu Photo Festival turut menjadi moderator untuk pelancaran buku Romi yang berkongsi bagaimana Romi bermula dengan ideanya yang sangat bagus untuk dijadikan projek jangka panjang. Tasya Bintang turut memberikan komen berkaitan dengan design dan cara buku itu dipersembahkan untuk para pembaca. Beawiharta Bea yang juga seorang fotojurnalis yang turut teruja dengan penghasilan Buku ini.
Agah Permadi juga menjadi orang penting dalam penghasilan buku ini dengan hasil editing foto hitam putih yang cukup berbeza dengan penghasilan buku sebelum ini. Agah Permadi juga seorang Mentor untuk Kinabalu Photo Festival untuk bidang editing foto yang sangat profesional. Daripada perlancaran buku seperti ini kita memerlukan rakan rakan sekeliling kita dalam membantu kita melihat daripada semua sudut yang mungkin kita tidak dapat capai tetapi akan dibantu oleh rakan rakan ini. Kita tidak boleh membuat semua perkara disinilah wujudnya komuniti dan silaturahim diantara mereka sangat berguna.
Kami JPC akan membuat tempahan buku ini pada hujung bulan April dan sekiranya sesiapa berminat untuk mendapatkan buku ini terutamanya di Sabah bolehlah ikut membuat tempat bersama dengan JPC. Sila hubungi jebatlegacy di talian 0163558080
0 Comments