SELAMAT HARI KEMERDEKAAN KE – 55

 

Jebat Photography Club mengucapkan Selamat Hari Kemerdekaan kali ke 55 kepada semua rakyat Malaysia dimana sahaja mereka berada.Moga dengan sambutan yang mengingatkan kembali tarikh kemerdekaan ini memberikan kita rasa insaf bagaimana sukar untuk mendapatkan kemerdekaan, moga generasi akan datang dapat melihat betapa pentingnya tarikh ini untuk semua rakyat Malaysia.Dihari yang sangat penting ini sememangnya akan memberikan banyak suasana yang boleh dirakam untuk dijadikan karya masing masing dan dapat dilihat semula ditahun hadapan.

Itulah seronoknya memilik minat dalam bidang fotografi dimana boleh menyimpan suasana yang tidak akan dapat diulang kembali ditahun hadapan dan seterusnya kerana sudah pasti suasana pada masa itu pasti ada banyak bezanya dari segi sambutan, dari segi lokasi dan penyertaan mereka yang menjayakan sambutan Hari Kebangsaan ini.Tema Hari Kebangsaan pada tahun ini adalah “Janji Ditepati”sememangnya memberikan pengajaran kepada semua rakyat Malaysia untuk berpegang pada janji yang dilafazkan.

 

*Friendship In Photography

Leave a Reply

avatar
  Subscribe  
Notify of
%d bloggers like this: