TERIMA KASIH SEMUA UNTUK KOTA KINABALU PHOTO WEEK 2014

Published by JPC on

Kota Kinabalu Photo Week Satu Permulaan
Kota Kinabalu Photo Week adalah satu platform untuk para peminat dokumentari foto, fotografi jalanan dan photojurnalism yang ada di Sabah khasnya untuk berkumpul dan berkongsi dalam beberapa diskusi.Mohd Idremzizan Idris yang juga selaku pengerusi penganjur mengucapkan setinggi tinggi terima kasih kepada MT Jebat Photography Club, Kementerian Kebudayaan, Pelancongan dan Alam Sekitar yang sangat menyokong dalam perlaksanaan aktiviti ini.Tidak lupa juga buat Kementerian Teknologi Maklumat dan Pembangunan Sumber, ONON Camera, ProArt, Sabah Art Gallery, Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Sabah, Kolej PTPL, Kolej KYS,  dan semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam memastikan Kota Kinabalu Photo Week menjadi kenyataan.
 
Kota Kinabalu Photo Week yang mengambil masa 6 hari telah bermula pada 19 November 2014 Rabu di Ruang Pameran 5 & 6 Suria Sabah, Kota Kinabalu.Bermula dengan perkongsiaan daripada Sabah Art Gallery oleh puan Jennifer Linggi yang telah berkongsi dengan semua hadirin bagaimana seni berkembang di Sabah.Pengisian yang mengambil masa selama 2 jam daripada Sabah Art Gallery tersebut turut menjemput warga Kota Kinabalu untuk sama sama hadir ke Sabah Art Gallery untuk pelbagai aktiviti.Beliau juga memuji Jebat Photography Club dengan usaha dalam menjadikan Kota Kinabalu Photo Week ini satu platform untuk para karyawan foto di Sabah berkongsi dan berdiskusi.Platform ini diteruskan pada waktu malamnya dengan penyampaian artwork presentation oleh mereka yang ingin berkongsi dan meminta pandangan pada karya yang mereka hasilkan.
 
Hari kedua Kota Kinabalu Photo Week juga menyediakan printing class daripada pakar printing di Kota Kinabalu, Sabah iaitu saudara Suchung daripada ProArt dan kemudian pihak UMS Sekolah Seni Profesor Madya Baharuddin Mohd Arus yang turut memberikan info yang berguna bagaimana kuratorkan karya kita.Aktiviti yang disediakan oleh Jebat Photography Club ini turut memberikan peluang kepada warga Kota Kinabalu khasnya dan Sabah amnya untuk mendapatkan sesuatu yang penting dalam dunia fotografi.
 
Hari ketiga Kota Kinabalu Photo Week telah membawakan Amri Ginang untuk satu sesi demo potrait yang sangat ditunggu tunggu oleh para peminat potrait sekitar Kota Kinabalu.Malah Amri Ginang selepas Kota Kinabalu Photo Week akan kembali lagi ke Kota Kinabalu untuk satu sesi Workshop pada bulan Mei 2015 nanti.Amri Ginang yang juga anak kelahiran Sabah memperlihatkan satu kebanggaan kerana sangat berjaya dalam bidang fotografi yang diceburinya.Pada petang itu ada satu sesi Forum bersama orang orang yang berpengalaman dalam bidang mereka masing masing yang turut sama memberikan perkongsiaan iaitu Saudara Agoes SK, Hj Salim Ibrahim dan Datu Ruslan Sulai yang membincangkan soal “Etika didalam fotografi”.Turut sama menyumbang ilmu adalah Ibu Sari Asih yang didatangkan khas daripada Bandung, Jakarta yang membincangkan halatuju sesebuah komuniti fotografi.Penampilan istimewa daripada saudara Syefry Moniz yang juga daripada Utusan Malaysia yang membuat satu persembahan berkaitan dengan fotobuku ‘Bakul Boy’ yang diilhamkannya di Kota Kinabalu, Sabah dan akhirnya bahan tersebut dibawa ke Jepun dan akhirnya dipersembahkan di Angkor Photo Festival.Moga ini akan menjadi satu pembakar semangat kepada semua pengemar dokumentari foto di Sabah.Pada malamnya persembahan karya daripada karyawan foto tempatan dimulakan.
Hari keempat untuk Kota Kinabalu Photo Week adalah hari yang sangat sibuk dengan perasmian yang telah dilaksanakan oleh Chin Teck Ming, Kapitan Cina Kota Kinabalu yang turut sama memberikan semangat agar aktiviti seperti ini diteruskan buat masa yang akan datang kerana dokumentari foto adalah satu bahan yang boleh dijadikan sejarah.Kota Kinabalu Photo Week juga menyaksikan kehadiran seborneo berada di Kota Kinabalu pada ketika itu.Terutamanya daripada Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan dan Negara Brunei Darussalam untuk aktiviti fotografi. Kurator yang didatangkan khas daripada Singapura Zhuang Wubin juga memberikan perkongsiaan beliau dengan tajuk “Photography Practise In Malaysia Since 1950″. Petang itu acara yang dinanti nanti adalah Forum bersama mereka yang cukup dikenali dengan bidang masing masing iaitu Amri Ginang, Che’ Ahmad Azhar dan Shamshahrin Shamsudin dengan tajuk “Prospektif Fotografi di Sabah”.Perbincangan yang banyak membuka minda pada mereka yang hadir.Pada malamnya juga disajikan Makan Malam Jebat Photography Club untuk ke 10 tahun di Hyatt, Kota Kinabalu yang turut dihadiri oleh Ketua Penolong Pengarah Iskandar Ismail dan Pertubuhan Fotografi Negara Brunei.
Hari kelima di Kota Kinabalu Photo Week turut dapat dikongsi dengan aktiviti Photobook Review daripada Photobook Club Sabah yang memberikan serba sedikit info buku buku yang mungkin boleh menjadi bahan inspirasi buat mereka yang suka kepada photobook dan bercadang untuk membuat photobook.Pihak Yayasan Sabah terutamanya Dr Waidi Sinun juga turut bersama didalam ini untuk satu penceritaan “Imbak Canyon” yang menjadi salah satu penemuan baru.Pihak Mahkamah Kota Kinabalu puan Marlina Ibrahim juga turut membantu Kota Kinabalu Photo Week dengan satu perkongsiaan yang bertajuk “Photography & Copyright” membuka pengetahuan kepada fotografer atau para peminat fotografi untuk mengetahui hak undang undang mereka pada foto yang mereka miliki selama ini.Malamnya juga memperlihatkan para fotografer tempatan turut mempersembahkan artwork mereka kepada umum seperti daripada Jabatan Penerangan saudara Azman Jumat.
Kota Kinabalu Photo Week telah memberikan satu impak baru kepada fotografi di Sabah, dengan memberikan info dan ilmu yang berguna dalam dunia fotografi.Sekaligus membuka ilham banyak pihak bahawa Sabah mempunyai kekayaan karya yang boleh dihasilkan oleh anak tempatannya sendiri untuk tatapan para sahabat diluar Sabah.