THE MEET JPC FEATURING SHAMSHAHRIN SHAMSUDIN
JPC telah membuat satu bengkel dalaman untuk ahli ahli JPC yang sah dan berdaftar dengan JPC bermula 2019. Antara mereka adalah Lucien, Rex, Acok, Aidi Sapri, Elle dan Lan Efendi. Tujuan bengkel ini adalah memberikan penerangan awal bagaimana hendak memahami apa yang kita rakam melalui fotografi dan apakah perkara perkara yang diperlukan untuk difahami.
Bengkel yang mengambil masa 2 hari ini bermula pada 2 sehingga 3 Mac 2019 yang bertempat di Tingkat 13 Wisma Bandaraya, Kota Kinabalu dengan kehadiran semua ahli baru JPC dan ahli JPC yang senior menjadi pemerhati untuk bengkel dan sekaligus membuat ulangkaji dengan perkara yang telah dipelajari oleh mereka.
Shamshahrin Shamsudin bukan lah nama baru dalam JPC yang turut menjadi penasihat teknikal dalam urusan fotografi JPC kerana fotografi yang dibawa oleh JPC adalah lebih kepada Photojournalisme & Documentary Photography. Bengkel yang dimulakan dengan penerangan berkaitan bagaimana membuat gambar ada kaitan dengan sabar menunggu dan “jurufoto dibayar untuk menunggu” juga menjadi quote Shamshahrin dalam memberikan penerangan buat warga JPC yang baru.
Hari pertama bengkel berakhir pada jam 5 petang dimana, praktikal akan dibuat pada esok harinya dan akan melihat Shamshahrin membuat komentar berkaitan foto yang dihantar selepas outing mereka di sekitar Kota Kinabalu pada ketika itu. Pada hari kedua semua JPC diberikan peluang menunjukkan idea dan bodyofwork yang mereka ada untuk dikomen dan perbaiki oleh Shamshahrin.
Tahniah kepada semua JPC yang telah mengikuti Bengkel Dalaman JPC yang berfokuskan arena festival dan antarabangsa melalui bahan Sabah yang menjadi penceritaan utama.
Kebetulan harijadi Shamshahrin dan adik Rawellang pada bulan Mac maka JPC terus menyambut mereka yang turut dilahirkan pada bulan Mac pada malam tersebut. Selamat Hari Jadi Shamshahrin dan Rawellang.
Bengkel dalaman JPC berakhir sekitar 6 petang dan bagi JPC adalah yang membezakan dengan yang lain adalah ilmu dan menjatuhkan orang berilmu adalah sombong. Sehingga dilain Bengkel, moga sukses dan bertemu di Jakarta International Photo Festival Julai nanti.
“Jurufoto dibayar untuk menunggu” – Shamshahrin Shamsudin