THE SURVIVAL STORY OF STATELESS PEOPLE IN SANDAKAN LANDFILL By Noraynee Roslan JPC

THE SURVIVAL STORY OF STATELESS PEOPLE IN SANDAKAN LANDFILL.

Bismillah.
Posting pertama ini mengenai maklumat secara umum yang sempat saya visualkan dalam bentuk gambar tentang komuniti tanpa kerakyatan yang tinggal di tapak pelupusan sampah, Batu 8, Sandakan, Sabah.

Secara peribadi, syukur dan insaf adalah pengajaran paling dominan saya dapat dari projek akhir ini. Semoga maklumat ini berguna kepada mana-mana NGO atau persatuan yang ingin membantu terutama pada bulan Ramadhan nanti seperti yang dilakukan sebelum ini.
Semoga bermanfaat untuk ummah.

……………………………………………………………………………………………………………….

Di saat kita hidup dalam kesenangan, terdapat kumpulan terpinggir yang hidup di tempat yang kotor. Apabila kita terdengar tentang ‘individu yang tinggal di tapak pelupusan’, kita mungkin membayangkan negara luar. Pada hakikatnya, ia berlaku di negara kita. Mereka ini seperti di dunia mereka sendiri. “Invisible, Voiceless”.
.
.
.
Mereka bekerja di tapak pelupusan sampah ini terdiri daripada golongan dewasa lelaki dan perempuan serta kanak-kanak. Kitar semula merupakan aktiviti ekonomi utama mereka untuk mendapatkan pendapatan. ‘Menyampah’ merupakan gelaran mereka untuk pekerjaan ini. Secara amnya, pendapatan yang diperoleh daripada aktiviti kitar semula adalah kurang daripada RM10.00 sehari. Sebahagian mereka mendapatkan wang dengan menjual barangan di kedai runcit kecil.
.
.
.
Mereka membina rumah berhampiran tapak pelupusan tersebut. Kebanyakan daripada komuniti ini tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri termasuklah anak-anak mereka juga tidak mempunyai surat beranak. Golongan tanpa kerakyatan di Malaysia terutamanya di Sabah kebanyakannya berketurunan Filipina. Berdasarkan hasil temu ramah saya kepada beberapa orang dari komuniti ini dan pihak NGO, mereka berhijrah ke Malaysia disebabkan beberapa faktor antaranya faktor peperangan suatu ketika dahulu. Perjalanan penghijrahan ini menjadikan mereka terdedah dengan banyak bahasa. Kebanyakan mereka fasih berbahasa Malaysia dan bahasa Suluk. Namun, terdapat juga yang hanya fasih berbahasa Suluk.
.
.
.
Kanak-kanak ini kebanyakannya lahir di sini. Kanak-kanak yang tidak mempunyai dokumen pengenalan, mereka tidak mempunyai peluang untuk mendapat pendidikan seperti kita. Namun, terdapat beberapa kumpulan NGO yang prihatin membantu mereka membina dan membaik pulih sebuah sekolah alternatif. Mereka membantu dari sudut pendidikan. Apa yang saya difahamkan oleh NGO terlibat, mereka memerlukan silibus untuk diajarkan kepada kanak-kanak ini memandangkan sekolah ini bukan seperti sekolah harian biasa.
.
.
.
Persoalannya, bagaimanakah nasib kanak-kanak ini kelak? Jika dibandingkan dengan kita, setelah bersekolah di peringkat sekolah rendah, kita boleh sambung belajar di peringkat sekolah menengah dan sehinggalah ke peringkat universiti. Tetapi mereka tidak. Bagaimana pula dengan pekerjaan mereka, akankah mereka mewarisi pekerjaan kutip sampah ini ?
.
.

Tahniah buat Noraynee Roslan yang berjaya membuat satu projek akhir yang sangat membuka mata untuk masyarakat serta para pemimpin untuk membuka minda memikirkan jalan penyelesaian bersama untuk isu yang akan bakal menjadi satu masalah negeri yang makin bertambah dari masa ke semasa.

Print

Picture 1 of 17

Share this:

Leave a Reply

avatar
  Subscribe  
Notify of