Selamat Hari Raya Aidilfitri JPC

Daripada kami di JPC mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2019/1440, dengan rahmat Allah kita dapat melalui Ramadhan dengan baik dan cemerlang. Buat para saudara yang balik kampung pastikan rumah dikunci rapi dan pastikan semua keadaan kenderaan berada dalam keadaan baik. Sentiasa berhati hati dalam perjalanan dan ingat insan insan tersayang. Salam syawal daripada kami JPC di Kota Kinabalu buat semua JPC di mana sahaja berada. Tidak lupa juga buat sahabat JPC Bintulu Sarawak. Moga diberkati segala yang dirancang.

1 Jun 2019 JPC menyokong penubuhan Bebayu Akademi yang berfokus Pendidikan yang merentasi pelbagai kemahiran dan salah satunya adalah fotografi. Dalam Akademi ini akan memberikan ruang kepada mereka yang benar benar serius dalam bidang masing masing untuk berkongsi pengalaman tersebut melalui bidang Pendidikan. Ini sangat sesuai dengan pendekatan Malaysia ketika ini yang melihat kepada perkembangan Industri 4.0 dikalangan masyarakatnya. 

Kepada yang jauh dan mungkin berada di Kota Kinabalu semasa cuti dan apa sahaja aktiviti disini, JPC sekarang boleh di Google di Maps dan hanya perlu taip “Jebat Photography Club” dan arahan info akan memberitahu bagaimana untuk berada di JPC HQ di Wisma Bandaraya Tingkat 9. Ini juga salah satu perkara yang memudahkan semua pihak bila berada di Kota Kinabalu untuk Kinabalu Photo Festival. 

Selamat Hari Raya Semua

Leave a Reply

avatar
  Subscribe  
Notify of
%d bloggers like this: