JAKARTA INTERNATIONAL PHOTO FESTIVAL 2019 – Grey Nana
Pada bulan julai 2019 telah berlangsung satu program fotografi yang pertama kalinya dibuat di Negara Jakarta. Festival ini bernama THE JAKARTA INTERNATIONAL PHOTO FESTIVAL (JIPFest) dan telah berlangsung selama dua (2) minggu bermula pada 25 Jun sehingga 9 Julai 2019. Tetapi, kehadiran kami disini hanya mengambil masa 5 hari 4 malam bermula dari 3 Julai sehingga 7 Julai 2019.
Pada 3 Julai 2019 penerbangan pukul 5.25 pagi daripada kota Kinabalu ke Kuala Lumpur mengambil masa selama 2 jam 30 minit, tiba di Kuala Lumpur pada pukul 7.55 pagi. Manakala penerbangan pukul 1.05 petang (masa Malaysia) daripada Kuala Lumpur tiba pada pukul 2.15 petang (masa Jakarta) di Jakarta.
Sesampainya di Kota Jakarta, kami terus bergerak daripada Soekarno-Hatta International Airport ke tempat penginapan iaitu di kawasan Daerah Khusus Ibukota Jakarta, Kota Jakarta Barat, Kecamatan Kebon Keruk, Jalan Musyawwarah, Jakarta yang mengambil masa selama hampir 1 jam 30 minit perjalanan.
Jebat Photography Club Kota Kinabalu, Sabah (JPC) telah hadir kesana bersama 3 orang ahli iaitu Encik Mohd Idremzizan Idris (Jebat) selaku Presiden JPC, Cik Suzieyana Mohamad Sha (Grey) dan Cik Sarmilah Maddibut (Ellang) untuk melihat keadaan disana bagaimana Festival ini dijalankan.
Festival ini dibuat di kawasan Taman Ismail Marzuki (TIM) dimana tempat ini berada disekitar kota Jakarta. Terdapat pelbagai jenis program telah berlangsung sepanjang program ini iaitu, bengkel fotografi, bicara bersama jurufoto, bazaar, penilaian foto, tayangan foto, anugerah foto, majlis makan malam dan sebagainya.
Berikut adalah gambar-gambar yang telah saya ambil sepanjang berada di festival tersebut.
Disediakan oleh Grey Nana
0 Comments