KOTA KINABALU PHOTO WEEK 2014
Kota Kinabalu Photo Week adalah satu platform dimana memberi peluang kepada jurufoto, peminat fotografi, pembuat fotobuku, kurator dan masyarakat di SABAH untuk berkongsi hasil karya mereka melalui medium fotografi yang boleh disimpan dan dipamerkan dimana mana sahaja pada masa kini.Kota Kinabalu Photo Week akan diadakan pada 19 – 24 November 2014 bertempat di Suria Sabah Level 5 & 6 Exhibition Hall
KLIK SINI – Jadual Perjalanan Aktiviti Kota Kinabalu Photo Week
INSTAGRAM #KKPHOTOWEEK
Kota Kinabalu Photo Week menyediakan beberapa bahagian aktiviti didalamnya antaranya hashtag #kkphotoweek adalah untuk semua lapisan masyarakat yang mempunyai medium instagram untuk berkarya diplatform ini.Tidak ada persoalan apa kamera yang digunakan untuk hashtag ini.Paling penting adalah karya tersebut dikongsi menggunakan medium instagram.
Masuk ke INSTAGRAM dan kemudian #kkphotoweek kepada foto yang ingin dipilih untuk dipamerkan di Kota Kinabalu Photo Week
ARTWORK PRESENTATION
Aktiviti ini juga akan diadakan didalam Kota Kinabalu Photo Week terbuka kepada sesiapa sahaja jurufoto atau peminat fotografi yang bermastautin di SABAH memberikankan persembahan SABAH didalam artwork presentation mereka.Aktiviti ini adalah percuma.
KLIK SINI untuk borang artwork presentation
PORTFOLIO REVIEW
Portfolio Review ini akan dilaksanakan oleh mereka yang cukup profesional dalam bidang fotografi masing masing dan aktiviti ini terbuka kepada semua mereka yang terlibat dengan fotografi dalam apa sahaja genre yang mungkin ingin mendapatkan nasihat dan pandangan bagaimana karya mereka boleh diketengahkan.Namun kali ini reviewer yang dibawa ke Kota Kinabalu Photo Week dibuka untuk 5 orang sahaja setiap reviewer.Aktiviti ini dikenakan bayaran sebanyak RM300 sahaja.
Siapa Portfolio Review Kota Kinabalu Photo Week kali ini
- Shamshahrin Shamsuddin – Malaysia
- Che Ahmad Azhar – Malaysia
- Amri Ginang – Malaysia
- Zhuang Wubin – Singapore
- Sari Asih – Indonesia
Apa perlu dibawa?
- Sediakan 10 atau 15 keping foto yang boleh dijadikan Portfolio Review ianya boleh dalam bentuk apa genre apa sahaja.
- Bahan untuk membuat catatan
Apa perlu buat?
Tanya idea dan minta pandangan dari mereka sepuas puasnya agar dapat nampak dimana kita boleh bawa karya kita selepas ini.
Sedikit tips yang mungkin boleh diguna KLIK SINI
KLIK SINI untuk borang portfolio review
PAMERAN KOTA KINABALU PHOTO WEEK
Penghantaran Karya untuk Pameran Kota Kinabalu Photo Week juga telah dibuka.Kepada semua fotografer yang mempunyai foto dokumentari atau simpanan siri potret kebudayaan, siri fotografi jalanan, siri landskap atau apa sahaja siri yang bersesuaian dengan tema “SABAH daripada kacamata masyarakat untuk tatapan dunia” dialu alukan untuk bersama dalam pameran ini.
KLIK SINI – Borang untuk mengikuti PAMERAN KOTA KINABALU PHOTO WEEK
SHARING SECTION
Kota Kinabalu Photo Week juga ada Sharing Section yang akan lebih kepada perkongsian berkaitan teknikal, kebudayaan, pengalaman yang dialami.Sharing section ini terbuka kepada sesiapa sahaja yang ingin berkongsi dengan Kota Kinabalu Photo Week.
Pertanyaan berkaitan dengan Sharing Section boleh whatsapp atau telegram ke 0163558080
PHOTOBOOK REVIEW PRESENTATION
Kota Kinabalu Photo Week juga akan ada sesi Photobook Review Presentation yang akan memberikan sedikit review berkaitan dengan beberapa buku terpilih seperti :-
- POTRAIT – Amri Ginang
- BETWEEN THE RIVER – Rahman Roslan
- INTIP – Roy Rubianto
- BERANDA PARA BURUH
- SEEN – Antara Photojurnalism Galeri
- IPPHOS
Andai anda ada Photobook yang mahu dikongsi reviewnya di Kota Kinabalu Photo Week bolehlah whatsapp atau telegram 0163558080
TALK BERSAMA PENGALAMAN
Kota Kinabalu Photo Week juga akan ada ruang Talk bersama jurufoto yang telah lama dalam bidang fotografi dan kali ini adalah ruang untuk Agoes SK dan Hj Salim Ibrahim.
0 Comments