TERIMA KASIH 2019, SELAMAT DATANG 2020

Published by JPC on

Fotografi

Perancangan JPC sehingga lahirnya Bebayu Akademi yang menjadi entiti utama dalam pendidikan JPC merentasi fotografi telah pun dilaksanakan. Perlu ada pertanyaan “apa yang bakal jadi selepas 5 tahun” untuk fotografi saya, supaya dapat menjawap kemenjadian pembangunan fotografi yang menjadi dokongan kemahiran akan datang.

Untuk mendokong fotografi pasti adalah bukan sekadar tugas jurufoto sahaja tetapi dia juga perlukan editor, pendidik, platform, latihan, komuniti dan masyarakat luas. Lihat daripada kepelbagaian sudut kita sampaikan cerita yang boleh kita beritahu masyakarat. Supaya mereka tahu disanalah foto telah mengambil peranan tersebut. Beritahu dengan penuh hikmah dan senyum agar tolerasi semua arena terjaga baik.

Melihat daripada Januari sehingga Disember, latihan dan perjumpaan dibuat untuk bersedia, pada satu platform suara yang digunakan untuk memberikan cerita masyarakat luas pada erti senang, susah, tawa dan tangis. Kini menjadi tugas setiap masyakarat menjadi bahan berita pada platform tersendiri. Daripada latihan dan perancangan, kini lahir mereka yang  dapat  menyampaikan suara melalui foto dan dinamik mereka melalui pengurusan foto masyarakat.

Pendidikan

Imam Syafie pernah berkata, “Semakin aku bertambah ilmu, semakin aku tahu akan kebodohanku”

Perkataan ini bukan untuk perniagaan. Sepertinya punya mentera tersendiri.Hasil perlu waktu untuk dilihat. Sabar menjadi satu senjata perlu untuk menang dalam semua arena apatah lagi fotografi. Jangan didik jika kita sudah mengira siling yang bakal kita kutip.

Menjadi jurufoto dan menjadi pendidik foto adalah satu perkara yang berbeza, menguasai semua teknikal foto tidak akan menjadikan kita pendidik foto. Jurufoto hanya akan melahirkan kepingan foto yang jadi rujukan tetapi pendidik foto melahirkan generasi yang menggunakan foto untuk menyampaikan cerita kepada masyarakat luas.

Pendidikan masyarakat ini perlu :-

1. Masa
2. Perancangan
3. Pengurusan
4. Sabar
5. Doa

Terima kasih 2019, banyak pendidikan dan foto yang yang dapat dikutip untuk persediaan menghadapi 2020. Melalui pendidikan dan fotografi ini kita akan terus memberikan manafaat kepada masyarakat luas. Agar mereka tahu foto punya suara bicara yang sangat dalam.

Selamat Datang 2020

Sekitar Januari – Disember 2019. Alhamdulillah, Terima kasih semua. 

[ngg src=”galleries” ids=”13″ display=”basic_thumbnail” thumbnail_crop=”0″]


0 Comments

Leave a Reply

Avatar placeholder

Your email address will not be published. Required fields are marked *