2019 & JPC
Alhamdulillah, berjaya melalui 2018 dengan pelbagai pengalaman dan pelajaran dalam mengendalikan Pengurusan JPC terutamanya merangkumi kolaborasi pendidikan, fotografi dan masyarakat. Yang dapat dilihat melalui kerjasama yang diberikan ketika penganjuran Kinabalu Photo Festival & Workshop 2018.
Dengan kerjasama dengan Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu dan SK Anglo Chinese dapat menganjurkan bersama Pertandingan Photo Story peringkat sekolah rendah yang berjaya menarik sebanyak 80 penyertaan daripada 55 buah sekolah sekitar Kota Kinabalu. Ini adalah tahun kedua Photo Story peringkat sekolah rendah dipertandingkan. JPC yang turut membantu teknikal foto untuk kelab fotografi sekolah dapat memberikan ruang kepada ahli yang baru sendiri belajar dan mengajar bagaimana mendidik melalui fotografi melalui pendidikan.
Suasana Kinabalu Photo Festival telah dimulakan seawal tahun 2018 yang turut membawa Kolej MSU untuk menganjurkan Kelas Asas Fotografi mereka dengan bantuan JPC Awang Shahrin Awang Ahmad
2018 banyak melihat bagaimana ahli JPC sudah dapat membuat pengurusan sendiri dalam menyelesaikan masalah menghadapi masyarakat yang memerlukan tunjuk ajar daripada mereka. Ini salah satu konsep JPC mengupayakan ahli supaya bukan hanya pandai mengendalikan teknikal fotografi tetapi mereka menjadi dynamic boleh membuat kepelbagaian dalam mengurus fotografi untuk masyarakat.
Ahli ahli JPC yang berjaya dilantik menjadi jurufoto rasmi VIP juga turut menjadi rezeki yang tidak disangka oleh JPC, tahniah Grey Nana . JPC turut bangga dengan pencapaian yang begitu baik sepanjang 2018.
Keutamaan Kelas Asas ini seperti keperluan yang mesti ada kepada masyarakat ketika ini apatah lagi trending aktiviti Mobile Photography menjadi salah satu ilmu yang perlu dipelajari terutamanya usahawan internet. JPC juga akan menumpukan mobile photography ini sebagai satu agenda dalam JPC untuk dijadikan cara mengambil foto.
Tidak lupa buat JPC Bintulu yang mula menyusun AJK mereka dengan melantik Awangku Fairuz sebagai Pengerusi JPC Bintulu bermula 2018 dan dibantu oleh Awangku Muhammad yang turut menjadi tulang belakang JPC Bintulu selama ini. Awangku Fairuz yang juga dikenali sebagai Feroz sangat kuat komitmennya terutamanya untuk JPC yang bermula seawal tingkatan 5 bersama JPC sehinggalah kini. Dia juga telah mengikuti beberapa bengkel foto dalam Malaysia dan juga luar negara seperti Ahim Rani, Shamshahrin dan Ahmad Deny Salman.
2018 juga melihat Kinabalu Photo Festival datang untuk memeriahkan suasana fotografi di Kinabalu khasnya dan ASEAN umumnya, Festival kali ini menarik kerana bermula beberapa penyertaan daripada luar negara mengikuti festival ini. Ini salah satu misi JPC yang turut membantu Kementerian Pelancongan & Alam Sekitar Sabah dalam mempromosikan Sabah melalui fotografi. Peserta bengkel yang seramai 40 orang untuk 4 bengkel yang disediakan oleh Penganjur masih menjadi tumpuan utama para jurufoto sepenuh masa atau tidak untuk menimba ilmu semasa KPF dan bagi JPC disanalah masanya untuk menguji kesabaran dan kecekapan mereka dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi terutamanya ketika festival tersebut berlangsung. Bermula daripada 2014, 2016 dan terkini adalah 2018. Kemungkinan besar KPF akan hadir setahun sekali untuk dapat melihat hasil anak anak Sabah dapat dicungkil lebih banyak lagi terutamanya dalam bidang foto daripada sudut Photojurnalism, Photo Story , Photo Documentary dan Street Photography . JPC sangat bersyukur kerana mempunyai penasihat KPF yang sangat banyak membantu iaitu Shamshahrin Shamsudin
Tahniah JPC, kita terus belajar. Terus menjadi yang pertama untuk membuat sesuatu yang baik. Melalui fotografi salurkan kebaikan agar dapat membantu dan memberikan manafaat kepada masyarakat kita. Tahniah JPC kita jumpa untuk aktiviti seterusnya The Meet pada 19 Januari 2019 di Tingkat 13 Bilik Broadband Wisma Bandaraya, Kota Kinabalu
0 Comments