JEBAT PHOTOGRAPHY CLUB UNTUK KOTA KINABALU PHOTO WEEK

Published by JPC on

Utusan Borneo 22 Ogos 2014 Jumaat 

 

Jebat Photography Club telah memulakan perancangan untuk satu aktiviti yang pertama kalinya dilaksanakan di Kota Kinabalu, dimana semua sahabat fotografi JPC terutamanya daripada Negara negara ASEAN akan dijemput untuk berkumpul di Kota Kinabalu pada bulan November 2014 nanti.Pertemuan hampir 2 jam bersama Datuk Masidi Manjun turut membincangkan sikap positif para peminat fotografi yang perlu ada dalam membantu memajukan diri mereka terutamanya dalam minat fotografi.

Pengisian Kota Kinabalu Photo Week adalah lebih kepada perkongsian dalam genre Street Photography, Documentary & Photojurnalism yang memperlihatkan SABAH sebagai satu elemen yang sangat penting boleh dijadikan bahan penceritaan tidak kira daripada sudut kebudayaan, masyarakat mahupun alam sekitarnya sendiri.Sudah tentu lebih menarik andai anak tempatan SABAH itu sendiri mempersembahkan penceritaan pada bumi dan karya seni SABAH itu sendiri.

Malah tujuan Kota Kinabalu Photo Week ini adalah memberikan peluang kepada para peminat fotografi, jurufoto, curator dan pengemar fotobuku untuk berkongsi ilham dan karya di Kota Kinabalu Photo Week ini nanti.Jebat Photography Club juga dalam cadangan untuk menjemput Shamshahrin Shamsuddin, Che Ahmad Azhar, Sari Asih Indonesia, Zhuang Wubin Singapore untuk pelbagai aktiviti seperti portfolio review yang hanya terhad kepada mereka yang cepat mendaftar.

Jebat Photography Club bersama dengan Kota Kinabalu Photography Club akan membuat aktiviti bersama Mobile Photography atau Instagram #kkphotoweek dengan tema "Sabah by Sabahan To The World" 

 

Categories: Berita

0 Comments

Leave a Reply

Avatar placeholder

Your email address will not be published. Required fields are marked *