JPC BINTULU SARAWAK

Published by JPC on

Ini adalah antara aktiviti yang dihadiri oleh JPC HQ untuk memberikan sokongan kepada JPC Bintulu, Sarawak yang telah hadir di BPL Anniversary pada 13 Mac 2016.Abd Salam yang juga JPC Tawau menjadi wakil bersama Francis Ngu Founder BPL.Ini adalah aktiviti yang menjadi satu titik pertemuan dimana JPC dan BPL menjadi sahabat dalam berkomuniti di Bintulu, Sarawak.Terima kasih kepada Abd Salam kerana sudi hadir.

JPC turut memberikan sokongan kepada aktiviti JPC Bintulu yang hadir memberikan watikah perlantikan untuk Awangku Muhammad sebagai Pengerusi JPC Bintulu 2016 – 2018 

Menyerahkan watikah perlantikan Bendahari JPC Bintulu Encik Sufrie 2016 – 2018 

Menyerahkan Watikah Perlantikan JPC Bintulu Setiausaha Puan Zygo 2016 – 2018 

Menyerahkan Watikah Perlantikan Encik Awangku Fairuz sebagai Ketua Penerangan JPC Bintulu 2016 – 2018 

Barisan MT JPC Bintulu Sarawak yang diketuai oleh Awangku Muhammad untuk Sesi 2016 – 2018 

Abd Salam membuat perkongsiaan kepada para sahabat JPC Bintulu bagaimana dia memulakan minat dengan fotografi sehingga berjaya mengikuti Workshop Shamshahrin, Zhuang Wubin dan berpeluang membuat pameran fotografi selama sebulan di Sabah Art Gallery pada 2015.Dia turut memberikan tips agar jangan malu bertanya kepada mereka yang boleh dijadikan rujukan.Ini adalah sedikit cerita bagaimana kehidupan beliau di pelantar minyak dan kehidupan 24 jam yang hanya dikelilingi oleh laut.

Categories: Berita

0 Comments

Leave a Reply

Avatar placeholder

Your email address will not be published. Required fields are marked *