JPC & Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia untuk Bengkel Asas Photo, Konsep & Street Photography

27 & 28 April 2019
Tang Dynasty Hotel, Kota Kinabalu
Bengkel yang disokong oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia SABAH dikuti seramai 45 orang peserta yang turut dihadiri oleh pensyarah beberapa buah IPT menarik minat mereka mengetahui asas konsep Street Photography.

Para peserta yang sangat supporting berjaya menyelesaikan Bengkel 2 hari dengan cemerlang dan dapat menghasilkan foto yang sangat baik. Bengkel yang telah dikendalikan oleh JPC dengan kerjasama MOTAC ini bermula dengan hari pertama untuk teori asas dan hari kedua praktikal asas street photography.

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia Sabah yang turut memberikan sokongan dalam perkembangan industri fotografi dan videografi di Sabah membantu melalui bengkel yang dianjurkan seperti ini sekaligus membantu warga tempatan untuk menggunakan cerita tempatan buat tatapan pelancong dalam dan luar negara.

Tahniah kepada Peserta Terbaik Foto dalam Bengkel ini yang memenuhi tema yang diberi dan dapat menguasai asas photo serta konsep street photography.

Tahniah ! Peserta terbaik foto bersama Wakil MOTAC yang turut menyampaikan sijil daripada MOTAC.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: