MESYUARAT AGUNG KE – 2 KELAB JEBAT FOTOGRAFI

Published by JPC on

Mesyuarat Agung Ke – 2 Kelab Jebat Fotografi

 
Jebat Photography Club telah mengadakan Mesyuarat Agung kali – 2 pada 23 Mac 2014 yang lalu telah turut membincangkan halatuju dan sekaligus membuat pelantikan ahli majlis tertingginya pada ketika itu.Walaupun sudah berkomuniti hampir 10 tahun namun ini adalah tahun ke – 2 Jebat Photography Club menjadi NGO dibawa ROS.Pengalaman menjadi NGO adalah sangat bermakna buat Jebat Photography Club kerana dapat bekerjasama dengan agensi lain walaupun tidak sepenuhnya berkaitan dengan bidang fotografi.
 
Menurut Mohd Idremzizan Idris Pengerusi Jebat Photography Club, kini kelab merancang untuk membuat aktiviti yang lebih kepada penghasilan individu yang berkualiti dari sudut Genre Photojurnalism, Street Photography dan Documentary Photography. Kelab ini juga telah memilih mentor yang berpengalaman dalam bidang fotojurnalisme untuk membantu melahirkan individu yang faham dan berbakat untuk menghasilkan tugasan dokumentari dan fotojurnalisme.Penekaan pada bidang ini sangat diambil kira oleh Jebat Photography Club kerana SABAH sendiri mempunyai cerita tersendiri dalam khazanah buminya yang perlu diterokai oleh anak anak tempatan.Dengan pemantapan ilmu fotografi ini akan dapatlah anak anak tempatan berkongsi keindahan tersebut dengan orang luar.
 
Jebat Photography Club juga menyaksikan di Mesyuarat Agung kali ini berlaku perlantikan baru iaitu saudara Anwar Effande bin Iddris yang telah dilantik menjadi AJK Tertinggi menggantikan JS Larrie.Kelab juga sedang dalam persediaan untuk program 3 hari bersama Shamshahrin Shamsuddin seorang Photojurnalist AFP yang bakal bersama Jebat Photography Club sebagai mentor untuk aktiviti dokumentari kelab tersebut.
 

Tahun 2014 juga Jebat Photography Club akan bersama dengan Zhuang Wubin seorang jurugambar profesional yang juga membuat dokumentari dan pengkaiji yang didatangkan khas daripada Singapura untuk satu Workshop Series Project for Photographer by Zhuang Wubin di Kota Kinabalu pada bulan Jun 2014 nanti.

 

 

 

 

Categories: Berita

0 Comments

Leave a Reply

Avatar placeholder

Your email address will not be published. Required fields are marked *