WORKSHOP KOMUNIKASI KORPORAT FOTOGRAFI SIRI 2

Published by JPC on

Workshop Komunikasi Korporat Fotografi Siri 2 ini telah dianjurkan oleh Jabatan Tenaga Kerja dengan kerjasama Jebat Photography Club dimana bermula pada 28 Ogos sehingga 30 Ogos 2018 dimana telah dihadiri hampir 15 orang peserta daripada seluruh Sabah. 

Mereka juga diberikan pendedahan asas fotojurnalism dan asas fotografi sebagai rujukan kembali bagaimana mereka membuat laporan rasmi kepada ketua jabatan mereka apabila terlibat dengan sesuatu pelaporan. 

JPC yang diwakili oleh Pengerusi JPC sendiri iaitu Mohd Idremzizan Idris dan dibantu oleh SU JPC Grey Nana & Joes JPC Sandakan untuk sedikit workshop teknikal fotografi tiga hari tersebut. Workshop kali ini mendedahkan bukan hanya membuat gambar tetapi juga bagaimana proses fotografi tersebut dilaksanakan.Bermula daripada asas mengenali kamera, mengenali suasana, mengenali diri ketika mengambil foto, membuat editing, membuat caption, menyimpan foto dan menyusun menjadikan ianya satu hasil seni yang menarik terutamanya kepada kakitangan kerajaan yang bukannya mempunyai masa penuh dengan fotografi tersebut. 

JPC juga berkongsi antara mereka yang berjaya dalam bidang fotografi adalah bukanya jurufoto sepenuh masa seperti Romi Perbawa yang membuat Rider Of Destiny untuk bukunya. Terima kasih kepada Encik Mohd Azzahari Bin Kassim Penolong Kanan Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan & Kewangan serta Encik Hattapi Supu, Encik Xavier J P Yuntavid dan Encik Reuben Jay AK Jubang yang banyak memberikan sokongan kepada Workshop kali ini walaupun dalam keadaan sangat sibuk dengan tugasan yang perlu mereka selesaikan. 

Ini antara yang hasil para peserta membuat Caption untuk memahami konsep 5W 1H dalam satu foto yang dihasilkan oleh mereka. 3 yang baik boleh diterima gambar dan caption mereka hasilkan. 


Hasil Hassan Jaidin JTK Kota Belud 

Hasil Jeff

Hasil Ajis JTK Semporna

Ini antara yang baik dalam membuat caption semasa dalam workshop tersebut.

Categories: Berita

0 Comments

Leave a Reply

Avatar placeholder

Your email address will not be published. Required fields are marked *