BEBAYU EXHIBITION PROJECT
Ini adalah satu penghormatan buat Jebat Photography Club daripada SABAH ART GALLERY, Kota Kinabalu SABAH yang telah menjemput JPC membuat pameran di Galeri Negeri ini selama sebulan bermula 1 Mei sehingga 1 Jun 2015, setelah hampir 11 tahun berkecimpung dengan minat dan komuniti fotografi saat ini adalah saat yang sangat berharga buat JPC kerana berjaya melahirkan beberapa peminat fotografi yang dapat berkarya di galeri negeri terutamanya dalam bidang fotografi.
Jebat Photography Club yang lebih kepada fotografi dokumentari, street photography dan photojurnalism akan mengetengahkan :
- Mohd Idremzizan
- Mohd Shukur Jahar
- Suzieyana Mohd Sha
- Alip Chandra
- Abdul Salam
- Mark Chai
- Yuzie Yusoff
Mereka ini adalah ahli yang sudah lama berada dalam Jebat Photography Club dan juga memberikan sokongan positif dengan perkembangan dokumentari, street photography dan photojurnalism di Sabah.Perasmian pameran "Bebayu Exhibition Project" ini akan dibuat pada 9 Mei 2015 bersamaan hari sabtu jam 10.00 pagi.Selain daripada itu sahabat Shamshahrin Shamsuddin juga akan bersama dengan perasmian ini dan akan membuat workshop di Sabah Art Gallery pada selepas daripada majlis perasmian tersebut.Workshop ini adalah percuma.
Bebayu adalah berasal daripada perkataan Bayu yang sememangnya menjadi salah satu nama panggilan buat negeri Sabah iaitu negeri dibawah bayu.Bersesuaian dengan tema Bebayu Exhibition Project ini, penceritaan yang dipamerkan adalah berkaitan dengan apa sahaja yang berlaku dan ada di SABAH.Meraka yang terpilih ini adalah mereka yang telah bersama dengan workshop yang didatangkan khas daripada luar untuk berada di Kota Kinabalu, Sabah memberikan info berkaitan dengan dokumentari, street photography & photojurnalism seperti Shamshahrin Shamsuddin, Che' Ahmad Azhar, Zhuang Wubin, Kevin WY Lee
0 Comments