VOL.1 NEAR
Near Vol.1 adalah satu tugasan yang dimestikan buat ahli JPC dan terbuka kepada rakan rakan diluar sana yang turut sama untuk membuat tugasan tajuk Near Vol.1 ini yang lebih kepada pendekatan penceritaan pada individu apa yang dekat pada dirinya dan dia pembentangan akhir akan dibuat semasa perjumpaan Near Vol.1 pada Mid Februari 2016 nanti.Mesti banyak yang bertanya apa pendekatan yang boleh saya masukkan dalam foto Near Vol.1 ini nanti.
Foto boleh diambil dalam bentuk satu series cerita, dokumentari ringkas yang menceritakan perkara Near mereka itu sendiri.Koleksi yang terbaik akan dibukukan dan dipilih untuk projection pada Kota Kinabalu Photo Week 2016 pada Nov nanti.Tujuannya ada membiasakan para pencerita foto di sekitar Borneo dan dimana sahaja untuk sama sama berkongsi rasa, cerita dan kata kata melalui Near Vol.1 ini.Kami akan ada beberapa perjumpaan yang akan membincangkan pengisian Near Vol.1 yang telah diusahakan oleh rakan rakan JPC untuk diperbaiki.Ini adalah memberikan pelajaran pada apa yang kita fikir melalui fotografi.
Walaupun masa masih panjang, namun masih boleh tanya dan rujuk kepada JPC bagaimana untuk melaksanakannya dengan baik.Boleh rujuk Jebat Legacy, Yuzie, Alip & Abd Salam dengan pendekatan Near Vol.1 ini.
Good luck JPC !
0 Comments