Selamat Tahun Baru 2022

Published by JPC on

Selamat Tahun Baru 2022 warga Jebat Photography Club. Bermula lembaran 365 hari yang semakin laju berlalu. Jangan lupa cari keberkatan dalam setiap apa juga tugas yang dilaksanakan.Jangan lupa dalam rezeki yang kita ada pastinya ada rezeki orang lain. Sentiasa menjadi yang terbaik dalam apa juga yang dilakukan terutamanya akhirat dan dunia. Kuasai kemahiran yang akan bakal menjadikan diri kita hebat. Sentiasa kekal positif dalam apa juga situasi yang dihadapi kerana keputusan positif itu sentiasa memberikan jawapan positif walaupun lambat.

Tahniah kepada semua kejayaan dan kerjasama ahli JPC berikan dalam menyokong Kinabalu Photo Festival yang baru sahaja berlalu. Moga acara akan datang bertambah hebat dan berkat. Salam Sabah Maju Jaya.