BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT AIR YANG PERTAMA DI MALAYSIA
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah melakar sejarah apabila menerima Balai Bomba dan Penyelamat Air yang pertama di Malaysia dan kini sudah mula beroperasi sepenuhnya di Semporna, Sabah Balai Bomba dan Penyelamat Air menempatkan empat kakitangan sepenuh masa termasuk seorang ketua balai dan 20 anggota bomba bantuan. Yang mana idea ini dibuka oleh YBhg. Dato’ Sri Hj. Mohammad Bin Mentek atas dasar kes kebakaran rumah atas air sering berlaku di negeri Sabah khususnya di daerah Semporna.
Abdul Kadir bin Halalan selaku ketua balai mengatakan dia sangat berterima kasih dengan wujudnya balai bomba di atas air ini. Bukan sahaja dapat membantu masyarakat semporna tapi dapat bersiap sedia jika berlakunya kemalangan di atas air yang melibatkan persekitaran tersebut. Balai bomba ini telah berkuatkuasa sejak 11 Disember 2019 dan bakal dirasmikan pada 1 Januari 2020 seperti dalam cadangan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah.
Photo : Sarmilah Maddibut @ Rawellang
0 Comments