KIMANIS-KEUNIKKAN KOPI KAYU API KIMANIS
Gambar dan teks oleh Irwan Majid JPC.
Uniknya, kilang yang menggunakan konsep terbuka itu masih menggunakan kayu api untuk membakar biji kopi dalam kawah bagi mengekalkan keenakan rasa kopi tradisi keluaran syarikat milik keluarga Generasi Fui Ann.
Fui Ann menjelaskan ia adalah sumber pendapatan keluarganya sejak kira-kira 30 tahun lalu yang diusahakan bersama adik beradiknya dan bapa saudaranya.
Keluarga mereka menghasilkan kira-kira 350 kilogram kopi yang sudah dibakar kemudiannya diproses menjadi serbuk dan dijual di tamu sekitar Papar, Kimanis, Bongawan dan Beaufort selain Kota Kinabalu.
“Keluaran kami sendiri menggunakan jenama Bintang Emas tapi ada juga kopi yang sudah siap dimasak dijual secara borong kepada pengedar kopi yang lain sebelum dibungkus menggunakan jenama mereka sendiri,” katanya.
Beliau dibantu bapa saudaranya, Patrick Wong, 70, membakar biji kopi pada setiap Selasa, Rabu dan Khamis.
Bercerita lanjut, Fui Ann, berkata penghasilan kopi yang berkualiti bergantung kepada kuantiti campuran seperti garam, mentega dan gula setiap kali membakar biji kopi dalam kawah.
“Kalau tidak betul campurannya, rasa kopi jadi lain, ada yang masam tetapi kopi yang kami hasilkan ini dijamin sedap, ramai yang mencarinya,” katanya.
[ngg src=”galleries” ids=”14″ display=”basic_thumbnail” thumbnail_crop=”0″]
0 Comments